Monday, 21 November 2011

Saringan Kedua (Jun)

REFLEKSI:

                  Pada bulan Jun, Saringan Kedua untuk LINUS dijalankan bagi murid yang tidak melepasi Ujian Saringan Pertama yang diadakan pada bulan Mac. Sudah tentulah Lusiana Nora perlu melalui Ujian Saringan Kedua ini. Setelah diberi bimbingan dan tunjuk ajar selepas Ujian Saringan Pertama pada bulan Mac, terdapat peningkatan dalam Ujian Saringan Kedua ini. Lusiana telah menguasai Konstruk 1 seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Lusiana telah menguasai konstruk pertama iaitu keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.

                  Lusiana telah meningkat dengan sangat baik dan menguasai konstruk 1 kerana pada Ujian Saringan Pertama (Mac), Lusiana tidak menguasai kesemua konstruk tersebut. Ini merupakan satu kejayaan buat Lusiana dan juga saya sebagai guru matapelajaran Bahasa Malaysianya. Saya bertekad untuk memberi yang terbaik kepada Lusiana agar Lusiana dapat membaca dan juga menulis. Walaubagaimanapun, Lusiana juga harus mempunyai semangat agar dirinya berjaya seperti rakan-rakanya yang lain.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran LINUS Tegar

Setelah melalui Ujian Saringan Kedua pada bulan Jun, saya telah mengajar Lusiana kemahiran-kemahiran yang berikut sepanjang bulan Jun, Julai, Ogos dan September:

2.0 Membaca Suku Kata
2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK
2.3 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK

Saya juga telah menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang sesuai dengan murid seperti Lusiana kerana murid yang lemah seperti Lusiana memerlukan bimbingan yang lebih berbanding murid-murid yang lain. Latihan-latihan yang diberikan juga hendaklah sesuai dengan tahapnya. Oleh itu, saya menggunakan Modul Murid yang telah dibekalkan oleh KPM. Saya mendapati Modul Murid yang diberikan amat bersesuaian dengan tahap murid LINUS seperti Nora.

Murid-murid sedang membuat latihan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan