LUSIANA NORA ANAK BEN
Satu-satunya calon murid LINUS Tahun 1 (2011) untuk
Liiterasi dan Numerasi di SK Lepong Menuan, Kapit.
Liiterasi dan Numerasi di SK Lepong Menuan, Kapit.
Sepanjang bulan April, Mei dan Jun, saya lebih banyak mengajarnya kemahiran-kemahiran yang berikut:
1.0 Menulis Huruf
1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a-z
1.2 Menulis huruf kecil a- z
1.3 Mengenal bentuk huruf Besar A-Z
1.4 Menulis huruf Besar A-Z
Banyak kaedah dan teknik yang saya gunakan untuk memberi pemahaman kepada Lusiana kerana Lusiana tidak mengenal huruf kecil dan besar. Malah tidak dapat menulis huruf dengan baik. Oleh itu pelbagai kaedah dan teknik yang saya gunakan agar Lusiana dapat menulis dan seterusnya mengenal huruf kecil dan huruf besar dengan jayanya. Banyak latihan yang saya berikan agar Lusiana dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil. Saya juga menggunakan kesemua pengetahuan yang saya perolehi dalam Kursus LINUS pada 2010. Saya menggunakan pelbagai bahan maujud, kad huruf, kertas yang berwarna warni, pendekatan didik hibur dan sebagainya agar dapat menarik perhatian Lusiana untuk belajar dan mengenal huruf kecil dan huruf besar.
Refleksi:
Saya mendapati Lusiana mempunyai banyak peningkatan dan telah berjaya mengenal huruf besar dan huruf kecil. Lusiana juga dapat menulis huruf besar dan huruf kecil dengan baik. Ini merupakan satu peningkatan yang baik kerana Lusiana pada mulanya langsung tidak mengenal huruf besar dan huruf kecil. Buktinya pada Ujian Saringan Kedua pada bulan Jun 2011, Lusiana berjaya menguasai Konstruk 1 bagi kedua-dua instrument membaca dan menulis Literasi Bahasa Malaysia. Konstruk 1 ialah keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan. Ini secara langsung menaikkan semangat Lusiana untuk lebih berusaha untuk belajar dengan lebih banyak lagi.
No comments:
Post a Comment