Thursday 1 December 2011

Barang Jualan Tahun 4


Thursday 24 November 2011

Mengurus Perbelanjaan Sendiri

Tajuk5-Mengurus Perbelanjaan Sendiri


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran: Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun: Lima
Bilangan murid: 16 orang
Kedatangan: 16/16 orang
Tarikh: 12 September 2011
Hari: Isnin
Masa: 1230 - 1330 ptg
Tajuk: Mengurus Perbelanjaan Sendiri
Sub Tajuk: a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan
                  b. Merancang perbelanjaan
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyebut sekurang-kurangnya 2 daripada 3 sumber pendapatan.
ii. Menyediakan satu rekod pendapatan dan perbelanjaan sendiri.
iii. Menyatakan cara berbelanja dengan bijak.
iv. Menerangkan cara menabung.
v. Mengisi borang simpanan bank.
Penerapan Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat, berusaha, tekun, sabar
Penyebatian KBKK: Menganalisa
Teknik Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), surat khabar, botol mineral atau botol kaca, tin aluminium, tabung, kad gambar, beberapa jenis barang keperluan dan barang kehendak, buku akaun bank, kad bank, radio
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah menerima wang saku daripada ibu bapa mereka.

PROSEDUR PELAKSANAAN
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
AKTIVITI p&p
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap barang maujud yang ditunjuk untuk mendekatkan murid kepada isi pelajaran
Kamahiran mentafsir
1. Guru menunjukkan surat khabar, botol mineral, botol kaca, tin minuman dan tabung.
Tujuan:
-menarik minat murid
-menguji pengetahuan sedia ada
2. Kemudian guru menyoal murid berdasarkan barang-barang maujud tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang akan disampaikan.
ABM/BBM:
LCD (power point), surat khabar, botol mineral, botol kaca, tin aluminium dan tabung
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Merekod pendapatan dan perbelanjaan
1. Mengenal pasti sumber pendapatan.
2. Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan.
Kemahiran menyenaraikan sumber pendapatan
1. Guru menerangkan cara sumber pendapatan diperolehi berdasarkan power point  yang dipaparkan.
2. Guru mengajukan soalan.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis

Langkah 2
(12 minit)
Merancang perbelajaan
1. Menentukan cara berbelanja
Kemahiran menyatakan cara berbelanja
1. Guru menerangkan isi pelajaran berdasrkan paparan power point.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru menunjukkan beberapa jenis barang dan menyoal murid sama ada barang yang ditunjukkan barang keperluan atau barang kehendak.
4. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman.
ABM/BBM:
LCD (power point)
Beberapa jenis barang keperluan dan kehendak

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis

Teknik KMD:
Ramalan dan analisis

Langkah 3
(10 minit)
2. Menentukan cara menabung.
3. Membuka akaun simpanan di Bank.
Kemahiran mengenalpasti cara menabung dan mengisi borang simpanan bank
1. Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru menerangkan cara menabung sambil menyoal murid.
2. Guru menunjukkan kad-kad gambar contoh bank yang boleh mereka buka untuk tujuan menabung.
3. Guru menayangkan contoh borang simpanan bank dan menerangkan cara mengisi borang tersebut.
4. Sebelum itu, guru mengedarkan contoh borang,  buku akaun dan kad bank kepada murid agar mereka dapat melihat dengan lebih dekat apakah sebenarnya menabung iaitu menyimpan duit di bank.
5. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang dibincangkan.

ABM/BBM:
LCD (power point)
Kad gambar, buku akaun dan kad bank

Nilai: yakin

KBKK: menganalisa
Langkah 4
(18 minit)
Kuiz dan muzik















Penilaian

1. Guru menerangkan cara kuiz diadakan.
2. Apabila muzik dimulakan, cawan berisi air akan digerakkan. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang cawan tersebut akan menjawab soalan.
3. Kuiz diteruskan sehingga soalan selesai.

Guru meminta murid mengimbas kembali  tajuk yang dipelajari
ABM/BBM:
LCD (power point)
Cawan berisi air, muzik dan radio

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
Penutup
(5 minit)
Rumusan

1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang telah mengambil bahagian dengan aktif.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
Nilai: Berusaha, tekun, sabar

REFLEKSI:
Dalam tajuk ini juga, saya menggunakan paparan power point. Oleh itu, murid dapat mengetahui bagaimana mengurus perbelanjaan sendiri. Murid dapat mengetahui bagaimana mendapatkan sumber pendapatan selain dari mendapatkan wang saku daripada ibu bapa mereka. Dengan ini murid dapat belajar bagaimana untuk berdikari dan berjimat cermat dalam berbelanja.
Kekuatan:
Murid dapat memahami is pelajaran kerana saya telah menunjukkan contoh bagi semua isi pelajaran. Contohnya, borang simpanan, kad bank dan buku bank. Murid juga mengetahui bagaimana untuk mendapatkan pendapatan melalui pelbagai cara. Murid juga amat berminat dengan kuiz diadakan. Murid juga tidak lagi berebut-rebut untuk menjawab soalan setelah menggunakan cara tersebut iaitu muzik dengan cawan air.
Kelemahan:
Terdapat murid yang tidak tahu mengisi borang simpanan. Saya juga tidak sempat memberi tunjuk ajar mengisi boarang tersebut disebabkan kesuntukan masa. Saya terpaksa meneruskan aktiviti walaupun terdapat murid yang tidak menyiapkan tugasan mereka.
Langkah Mengatasi:
Untuk langkah mengisi borang tersebut, saya akan letakkan langkah tersebut pada langkah terakhir atau sebagai latihan kerja rumah mereka. Sebelum itu, saya akan menunjukkan contoh borang yang sudah diisikan dengan lengkap.


Murid Tahun 5

Mendapatkan Pesanan

Tajuk4-MENDAPATKAN PESANAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran: Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun: Lima
Bilangan murid: 16 orang
Kedatangan: 16/16 orang
Tarikh: 19 September 2011
Hari: Isnin
Masa: 1230 - 1330 ptg
Tajuk: Mengurus Jualan
Sub Tajuk: Mendapatkan Pesanan
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 4 cara mendapatkan pesanan.
ii. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 dari 4 aspek yang penting dalam mendapatkan pesanan.
iii. Menyatakan cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan bagi sesuatu barang.
Penerapan Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat, berusaha, tekun, sabar
Penyebatian KBKK: Menganalisis
Teknik Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), cawan berisi air
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melihat sesuatu jualan dijalankan.

PROSEDUR PELAKSANAAN
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
AKTIVITI p&p
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap satu dialog perbualan untuk mendekatkan murid kepada isi pelajaran.
Kamahiran mentafsir
1. Dengan menggunakan power point, guru mempamerkan satu dialog perbualan dan memilih dua orang murid untuk membaca dialog tersebut.
Tujuan:
-menarik minat murid
-menguji pengetahuan sedia ada
2. Setelah selesai, guru menyoal murid berdasarkan dialog tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang akan disampaikan.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai:
yakin
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Menyenaraikan cara untuk mendapatkan pesanan
i. Telefon
ii. E-mel
iii. Majalah perniagaan
iv. Borang pesanan
Kemahiran menyenaraikan cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan
1. Guru menerangkan cara untuk mendapatkan pesanan berdasarkan power point  yang dipaparkan.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru dan murid bersoal jawab.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat


Langkah 2
(12 minit)
Memilih cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan. Aspek-aspek yang penting:
i. Jenis barang jualan.
ii. Tempat atau lokasi perniagaan.
iii. masa
iv. Kemudahan yang ada.
Kemahiran menyatakan aspek-aspek yang penting sebelum mendapatkan pesanan.
1. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan paparan power point.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis

Teknik KMD:
Ramalan dan analisis

Langkah 3
(10 minit)
Mengenalpasti cara untuk mendapatkan pesanan
Kemahiran mengenalpasti cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan.
1. Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru menerangkan cara sesuai untuk mendapatkan pesanan sambil menyoal murid.
2. Guru menayangkan soalan dan meminta murid menyesuaikan  maklumat yang diberi iaitu barang dengan cara mendapatkan pesanan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang dibincangkan.

ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin

KBKK: menganalisa
Langkah 4
(18 minit)
Kuiz dan muzik















Penilaian

1. Guru menerangkan cara kuiz diadakan.
2. Apabila muzik dimulakan, cawan berisi air akan digerakkan. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang cawan tersebut akan menjawab soalan.
3. Kuiz diteruskan sehingga soalan selesai.

Guru meminta murid mengimbas kembali  tajuk yang dipelajari
ABM/BBM:
LCD (power point)
Cawan berisi air, muzik dan radio

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
Penutup
(5 minit)
Rumusan

1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang telah mengambil bahagian dengan aktif.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
Nilai: Berusaha, tekun, sabar

 REFLEKSI:
Dalam tajuk Mendapatkan Pesanan pula, saya menggunakan paparan power point untuk memberi pemahaman kepada murid tentang bagaimana cara mendapatkan pesanan sesuatu barangan. Tajuk ini mungkin baru kepada murid kerana mungkin murid tidak mengetahui bagaimana memesan sesuatu barang. Dengan ini murid dapat mengetahui bahawa terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pesanan iaitu melalui telefon, emel, borang pesanan dan majalah perniagaan.
Kekuatan:
Murid mudah memahami isi pelajaran kerana saya telah menggunakan paparan power point dengan menunjukkan contoh-contohnya sekali. Gambar juga digunakan supaya murid dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana cara untuk mendapatkan pesanan.
Kelemahan:
Murid tidak dapat mengenalpasti cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan. Contohnya untuk membuat pesanan barang yang mudah rosak seperti makanan, murid menyatakan menggunakan borang pesanan tetapi sebenarnya menggunakan telefon adalah lebih mudah dan cepat untuk barang yang mudah rosak.
Langkah mengatasi:
Saya akan membuat aktiviti yang sesuai untuk kelemehan di atas. Contohnya, membawa barang yang mudah rosak dan barang yang tahan lama. Kemudian murid akan menilai barang tersebut dan mengenal pasti cara yang sesuai. 

Promosi Melalui Poster

Tajuk 3-Promosi Poster


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran: Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun: Lima
Bilangan murid: 16 orang
Kedatangan: 16/16 orang
Tarikh: 26 September 2011
Hari: Isnin
Masa: 1230 - 1330 ptg
Tajuk: Mempromosi Jualan.
Sub Tajuk: Promosi melalui poster.
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyebut sekurang-kurangnya 5 daripada 7 maklumat yang perlu ada dalam poster.
ii. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 dari 7 ciri poster yang baik.
iii. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 tempat yang sesuai untuk menampal poster.
Penerapan Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat, berusaha, tekun, sabar
Penyebatian KBKK: Menganalisis
Teknik Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), 4 contoh poster, kertas majung, pen marker
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melihat contoh promosi melalui poster.

PROSEDUR PELAKSANAAN
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
AKTIVITI p&p
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap satu objek yan ditunjuk untuk mendekatkan murid kepada isi pelajaran.
Kamahiran mentafsir
1. Dengan menggunakan power point, guru mempamerkan satu gambar iaitu kereta.
Tujuan:
-menarik minat murid
-menguji pengetahuan sedia ada
2. Guru menyoal murid berdasarkan gambar tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang akan disampaikan.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai:
yakin
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Maklumat yang perlu ada dalam poster.

Kemahiran mengenalpasti maklumat yang perlu ada dalam poster.
1. Guru menerangkan maklumat yang perlu ada dalam poster berdasarkan power point  yang dipaparkan.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru dan murid bersoal jawab.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat


Langkah 2
(12 minit)
Ciri-ciri poster yang baik.
Kemahiran menyatakan
ciri-ciri poster yang baik.
1. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan paparan power point.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis

Teknik KMD:
Ramalan dan analisis

Langkah 3
(10 minit)
Tempat yang sesuai untuk mempamerkan poster.
Kemahiran mengenalpasti tempat yang sesuai untuk mempamerkan poster.  
1. Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru menerangkantempat yang sesuai untuk menampal poster sambil menyoal murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang dibincangkan.

ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin

KBKK: menganalisa
Langkah 4
(18 minit)
Aktiviti Kumpulan



















Penilaian

1. Guru
membahagikan kelas kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberikan satu contoh poster dan dikehendaki menyenaraikan maklumat yang ada dalam poster dalam bentuk grafik pada kertas majung.
3. Setelah selesai, setiap wakil kumpulan akan membentangkan jawapan di hadapan kelas.
4. Guru membimbing murid.

Guru meminta murid mengimbas kembali  tajuk yang dipelajari

ABM/BBM:
LCD (power point), contoh poster, kertas majung, pen marker
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat

Teknik KMD:
Proses inovasi sosial
Penutup
(5 minit)
Rumusan

1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang telah mengambil bahagian dengan aktif.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
Nilai: Berusaha, tekun, sabar

 REFLEKSI:
Untuk tajuk ini pula, saya turut menggunakan paparan power point. Murid kelihatan sangat berminat dengan tajuk ini. Murid telah belajar tentang maklumat yang perlu ada dalam poster. Dengan ini, murid dapat menghasilkan poster mengikut maklumat yang dikehendaki. Murid juga mengathui ciri-ciri poster yang baik. Selain itu, murid dapat menambahkan pengetahuan tentang tempat yang sesuai untuk mempamerkan poster. Murid juga bekerjasama dalam kumpulan dalam menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing.
Kekuatan:
Murid berminat dengan aktiviti yang dijalankan terutama apabila guru menunjukkan contoh-contoh poster. Murid dapat memberikan pelbagai idea tentang poster. Ini menyenangkan tugas guru dalam memberikan pemahaman kepada murid.
Kelemahan:
Murid agak susah untuk menyatakan maklumat yang perlu ada dalam poster walau sudah diberikan contoh. Guru terpaksa mengulang tajuk tersebut. Ini agak membuang masa.
Langkah Mengatasi:
Saya akan membuat aktiviti yang lebih sesuai. Contohnya, kuiz agar dapat membuat murid berfikir dengan kritis dan mengingat semula pelajaran yang telah dipelajari.

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan