RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
Matapelajaran: Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah
Tahun: Lima
Bilangan murid: 16 orang
Kedatangan: 16/16 orang
Tarikh: 19 September 2011
Hari: Isnin
Masa: 1230 - 1330 ptg
Tajuk: Mengurus Jualan
Sub Tajuk: Mendapatkan
Pesanan
Objektif: Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyebut
sekurang-kurangnya 3 daripada 4 cara mendapatkan pesanan.
ii. Menyatakan
sekurang-kurangnya 3 dari 4 aspek yang penting dalam mendapatkan pesanan.
iii. Menyatakan cara yang
sesuai untuk mendapatkan pesanan bagi sesuatu barang.
Penerapan Nilai Murni:
yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat, berusaha, tekun,
sabar
Penyebatian KBKK:
Menganalisis
Teknik Kajian Masa Depan:
Ramalan dan analisis
Sumber pengajaran dan
pembelajaran: LCD (Power point), cawan berisi air
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid pernah melihat sesuatu jualan dijalankan.
PROSEDUR PELAKSANAAN
|
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
|
KEMAHIRAN
|
AKTIVITI p&p
|
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
|
Set
Induksi
(5
minit)
|
Menggunakan
kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap satu dialog perbualan
untuk mendekatkan murid kepada isi pelajaran.
|
Kamahiran
mentafsir
|
1.
Dengan menggunakan power point, guru mempamerkan satu dialog perbualan dan
memilih dua orang murid untuk membaca dialog tersebut.
Tujuan:
-menarik
minat murid
-menguji
pengetahuan sedia ada
2. Setelah
selesai, guru menyoal murid berdasarkan dialog tersebut.
3.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang akan disampaikan.
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Nilai:
yakin
|
Perkembangan
Langkah
1
(10
minit)
|
Menyenaraikan
cara untuk mendapatkan pesanan
i.
Telefon
ii.
E-mel
iii.
Majalah perniagaan
iv.
Borang pesanan
|
Kemahiran
menyenaraikan cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan
|
1.
Guru menerangkan cara untuk mendapatkan pesanan berdasarkan power point yang dipaparkan.
2.
Guru mengajukan soalan.
3.
Guru dan murid bersoal jawab.
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Nilai:
yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
|
Langkah
2
(12
minit)
|
Memilih
cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan. Aspek-aspek yang penting:
i.
Jenis barang jualan.
ii.
Tempat atau lokasi perniagaan.
iii.
masa
iv.
Kemudahan yang ada.
|
Kemahiran
menyatakan aspek-aspek yang penting sebelum mendapatkan pesanan.
|
1.
Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan paparan power point.
2.
Guru mengajukan soalan.
3.
Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman.
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Nilai:
yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK:
Menganalisis
Teknik
KMD:
Ramalan
dan analisis
|
Langkah
3
(10
minit)
|
Mengenalpasti
cara untuk mendapatkan pesanan
|
Kemahiran
mengenalpasti cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan.
|
1.
Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru menerangkan cara sesuai untuk
mendapatkan pesanan sambil menyoal murid.
2.
Guru menayangkan soalan dan meminta murid menyesuaikan maklumat yang diberi iaitu barang dengan
cara mendapatkan pesanan.
3.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang dibincangkan.
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Nilai:
yakin
KBKK:
menganalisa
|
Langkah
4
(18
minit)
|
Kuiz
dan muzik
Penilaian
|
1.
Guru menerangkan cara kuiz diadakan.
2.
Apabila muzik dimulakan, cawan berisi air akan digerakkan. Apabila muzik
berhenti, murid yang memegang cawan tersebut akan menjawab soalan.
3.
Kuiz diteruskan sehingga soalan selesai.
Guru
meminta murid mengimbas kembali tajuk
yang dipelajari
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Cawan
berisi air, muzik dan radio
Nilai:
yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
|
|
Penutup
(5
minit)
|
Rumusan
|
1.
Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang telah mengambil bahagian
dengan aktif.
2.
Guru membuat rumusan tentang tajuk.
|
Nilai:
Berusaha, tekun, sabar
|
Dalam tajuk Mendapatkan Pesanan pula, saya menggunakan paparan power point untuk memberi pemahaman kepada murid tentang bagaimana cara mendapatkan pesanan sesuatu barangan. Tajuk ini mungkin baru kepada murid kerana mungkin murid tidak mengetahui bagaimana memesan sesuatu barang. Dengan ini murid dapat mengetahui bahawa terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pesanan iaitu melalui telefon, emel, borang pesanan dan majalah perniagaan.
Kekuatan:
Murid mudah memahami isi pelajaran kerana saya telah menggunakan paparan power point dengan menunjukkan contoh-contohnya sekali. Gambar juga digunakan supaya murid dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana cara untuk mendapatkan pesanan.
Kelemahan:
Murid tidak dapat mengenalpasti cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan. Contohnya untuk membuat pesanan barang yang mudah rosak seperti makanan, murid menyatakan menggunakan borang pesanan tetapi sebenarnya menggunakan telefon adalah lebih mudah dan cepat untuk barang yang mudah rosak.
Langkah mengatasi:
Saya akan membuat aktiviti yang sesuai untuk kelemehan di atas. Contohnya, membawa barang yang mudah rosak dan barang yang tahan lama. Kemudian murid akan menilai barang tersebut dan mengenal pasti cara yang sesuai.
No comments:
Post a Comment