Monday 31 October 2011

Sistem Suria

Jasad-jasad dalam Sistem Suria ialah:

1. Matahari

2. Planet

3. Satelit-satelit semula jadi (Bulan)

4. Asteroid

5. Meteoroid

6. Komet

Matahari
1. Matahari adalah pusat Sistem Suria.
2. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.
3. Matahari ialah satu-satunya bintang dalam Sistem Suria.
4. Matahari mengeluarkan cahaya dan haba kepada planet-planet dan jasad-jasad lain dalam Sistem Suria.
5. Matahari juga ialah jasad terbesar dalam Sistem Suria.

Planet
1. Terdapat lapan planet dalam Sistem Suria.
2. Planet-planet itu ialah
a. Utarid

b. Zuhrah

c. Bumi

d. Marikh

e. Musytari

f. Zuhal

g. Uranus

h. Neptun
3. Pluto telah dikeluarkan dari senarai planet.
4. Semua planet beredar mengikut lintasan tetap yang disebut orbit.
5. Orbit-orbit planet berbentuk elips (bujur)
6. Setiap planet mempunyai saiz orbit yang berbeza.
(a). Planet yang lebih hampir dengan matahari mempunyai orbit yang lebih kecil.
(b). Planet-planet yang lebih jauh daripada Matahari mempunyai orbit yang lebih besar.

Satelit Semula Jadi
1. Satelit semula jadi ialah jasad-jasad yang beredar mengelilingi planet.
2. Contohnya, Bulan ialh satu-satunya satelit semula jadi Bumi. Bulan megelilingi Bumi.
3. Semua planet mempunyai satelit semula jadinya kecuali Utarid dan Zuhrah.
4. Musytari mempunyai paling banyak satelit semula jadi berbanding planet-planet lain.
5. Setiap planet semula jadi adalah lebih kecil daripada planetnya.

Asteroid
1. Asteroid ialah objek batuan yang beredar mengelilingi Matahari.
2. Asteroid mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza.
3. Saiznya boleh mencapai sehingga 100km tetapi biasanya ia lebih kecil daripada planet-planet.
4. Kebanyakan asteroid berada dalam lingkaran di antara planet Marikh dan Musytari.
5. Kawasan ini dikenal sebagai lingkaran asteroid.
6. Lebih 100 000 asteroid terdapat dalam lingkaran asteroid.

Meteoroid
1. Meteoroid ialah ketulan batu atau logam yang terapung dan beredar di angkasa lepas.
2. Terdapat berjuta-juta meteoroid dalam Sistem Suria. Kebanyakan meteoroid adalah kecil.
3. Kadang-kala meteoroid mungkin memasuki ruang atmosfera Bumi. Apabila ini berlaku, meteoroid akan menjadi panas dan terbakar. Ini dikenali sebagai meteor.
4. Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam.
5. Meteor juga dikenali sebagai 'tahi bintang'.
6. Kebanyakan meteor terbakar sebelum terhempas di permukaan Bumi.
7. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumi disebut sebagai meteorit.
8. Lubang atau kawah akan terbentuk di permukaan Bumi di tempat meteorit terhempas.
9. Lebih besar meteorit itu lebih besar kawah yang terbentuk.

Kawah meteorit
Komet
1. Komet ialah ketulan ais, gas beku dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.
2. Komet tidak mengeluarkan cahaya. Namun, komet akan bersinar dan membentuk ekor yang panjang apabila berada berdekatan Matahari.
3. Ukuran ekor komet boleh mencapai sehingga berjuta kilometer panjangnya.
4. Contoh komet ialah komet Halley.
5. Komet Halley boleh dilihat di Bumi setiap 76 tahun.


No comments:

Post a Comment

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan