Konsep
Penilaian
- Guru
memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid.
- Guru
menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina
instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat
tindakan susulan.
- Melalui
aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian
di sekolah iaitu:
- Penilaian
Formatif
- Penilaian
Sumatif
Penilaian
Formatif
- Penilaian
dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Maklumat
yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas
tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
- Maka guru
dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang
murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
- Guru juga
boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek
yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian
Sumatif
- Penilaian
sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir
semester.
- Penilaian
ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid
lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
- Penilaian
secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Keputusan
penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid
di seluruh negara.
Objektif Penilaian
di Sekolah (Formatif dan Sumatif)
- Mengesan
perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa
- Mengetahui
keberkesanan pengajaran
- Merancang
dan mengubah suai pengajaran
- Menjalankan
tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta
Kepentingan
Penilaian dalam Pendidikan Moral
- Penilaian
yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
- Kekuatan
murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral
dapat diperkukuh dan diperkayakan.
- Melalui
aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian
cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan
dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan
tingkah laku moral.
Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah
Pengenalan:
- Aktiviti
penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah merupakan sebahagian
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
- Penilaian
dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan
penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.
- Maklumat
yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.
Ciri-ciri
penilaian dalam bilik darjah:
- Menentukan
sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai
- Membantu
guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki
kelemahan pembelajaran murid.
- Dijalankan
secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek
intelek, rohani, jasmani dan emosi.
- Memastikan
prinsip asas penilaian diikuti:
- tujuan
penilaian
- bidang
yang dinilai
- calon
yang hendak dinilai
- teknik
yang akan digunakan dalam penilaian
Skop penilaian:
Memberi
gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:
- Bidang
Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan
perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan
mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap
tingkatan.
- Bidang
Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat,
sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi
menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam
untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam
masyarakat kita.
- Bidang
Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu
perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai
murni masyarakat Malaysia.
Bentuk Penilaian dalam Bilik Darjah
Bentuk
penilaian dalam Bilik Darjah
- Berbagai-bagai
cara informal dan formal
Informal
|
Formal
|
- pemerhatian
- lisan - kuiz - soal jawab - perbincangan - penilaian kendiri |
- ujian kertas pensil
- laporan - tugasan - folio |
Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif
Pengenalan
- Kandungan
KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari
bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
- Kedua-dua
kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh
dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Oleh itu,
penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
P & P dalam
aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap
insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.
Polson &
Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.
Ennis (1985,
1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara
logik.
Galotti (1989)
menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal
reasoning” dan “everyday reasoning”
Instrumen
Penilaian Dalam Aspek Kognitif
- Kebiasaannya
penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar
dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
- Pembinaan
item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran
yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)
Aras Kemahiran
Ujian Bertulis
Item objektif
atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang
kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.
Perhatikan
jadual di bawah:
Aras kemahiran dalam bidang
kognitif
|
Contoh soalan
|
1.Pengetahuan
Menguji kebolehan pelajar
mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang
telah dipelajari.
|
Nyatakan nilai yang berkaitan
dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia.
|
2. Kefahaman
Menguji kebolehan murid memahami,
menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah
dipelajari.
|
Huraikan maksud nilai
bertanggungjawab.
|
3. Aplikasi
Menguji kebolehan pelajar
menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran
untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.
|
Arasu seorang pelajar yang jarang
menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu bergantung kepada
orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya
diamalkan oleh Arasu.
|
4. Analisis
Menguji kebolehan pelajar
membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan
di antara satu sama lain.
|
Yang manakah pernyataan berikut
TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul?
|
5. Sintesis
Menguji kebolehan pelajar
mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea
yang berkaitan.
|
Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan
daya usaha. Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai ………………
|
6. Penilaian
Menguji kebolehan calon
membuktika, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi
pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya.
|
Di antara nilai-nilai yang
berikut, yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak
sifat kebersihan diri?
|
PANDUAN MENULIS
SOALAN UJIAN BERTULIS
- Pokok
soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami
- Pilihan
jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan
- Struktur
item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan
UJIAN SUBJEKTIF
- Ujian esei
- Pelajar
menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri
- Jawapan-
satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu
karangan
- Pelajar
bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan
sendiri
- Pemeriksa
memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria
pemarkahan)
JENIS-JENIS
SOALAN SUBJEKTIF
- Jenis
respons terhad
- mengandungi
soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
- contoh:
beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
- Jenis
respons lanjutan
- mengandungi
soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa
perenggan
- contoh:
Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah
dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Di bawah soalan
jenis respons terhad ada:
- Soalan
berstruktur
- satu siri
soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi
persatu
- jawapan
yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang
dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
- Soalan
berpandu
- mengandungi
penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan
lain-lain
- pelajar
menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
Soalan jenis
gerak balas lanjutan
- soalan
jenis perbicaraan
- memberi
peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat
secara bertulis
- sangat
sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian
idea, induksi, imaginasi
- menilai
aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)
- Contoh:
Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia.
Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.
Pentafsiran
soalan subjektif
- Skop
jawapan soalan terlalu luas
- Soalan
yang menimbulkan perbalahan
- Kesukaran
soalan di luar kemampuan pelajar
- Soalan
terlalu mudah
- Soalan
yang kurang jelas
Panduan
menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral
- Digubal
berdasarkan aspek penting – bahan P&P
- Istilah
dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat
- Soalan
mesti spesifik dan berlandaskan nilai
- Ada ciri
keesahan-topik, aras kemahiran
- Ciri
keobjektifan – jawapan, skema pemarkahan
- Ciri
kebolehpercayaan – wajib dijawab
Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor
Pembinaan
Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor (Tingkahlaku Moral)
Pengenalan
- Dalam
penilaian tingkahlaku moral, pelajar dikehendaki melakukan sesuatu
aktiviti atau perbuatan berkaitan dengan nilai yang telah dipelajari.
- Penilai
atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkahlaku dan gerak-geri
pelajar dan bandingan dengan tingkahlaku piawai yang telah disediakan.
- Dalam
penilaian tingkahlaku moral, pelajar diberi satu ‘demanding task’
dan dikehendaki respon dalam bentuk lisan, bertulis atau mengkonstruk
sesuatu produk.
- Misalnya
dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan.
Senarai Sub-sub
Topik:
- Ciri-ciri
penilaian tingkahlaku moral
- Ciri-ciri
penilaian tingkahlaku yang lain
- Kepentingan
penilaian tingkahlaku moral
- Pembinaan
item penilaian tingkahlaku moral
- Faktor-faktor
yang perlu dipertimbangkan dalam tingkahlaku moral
CIRI-CIRI
PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
Menurut
Popham,W.J. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa
penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk
bidang ini. Ada pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk
penilaian tingkahlaku. Tetapai mana-mana penilaian tingkahlaku harus mempunyai
sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu:
- Kriteria
penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria)
- Tingkahlaku
pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria
- Misalnya
untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan
P.Moral, tingkahlaku di kelas, di luar kelas dan waktu p & p.
- Standard
berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality
standards)
- Kriteria
yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti
tingkahlaku pelajar.
- Kriteria
yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik
darjah.
- Judgmental
appraisal
- Dalam
penilaian tingkahlaku moral, human judgement menjadi faktor utama
untuk menilai seseorang pelajar.
CIRI-CIRI
PENILAIAN TINGKAHLAKU YANG LAIN
- Kebanyakan
advocate penilaian tingkahlaku mengatakan penilaian tingkahlaku perlu
autentik dan melibatkan dunia sebenar.
- the tasks
should represent real-world rather than school-world kinds of problems.
- Penilai
tingkahlaku menggunakan frasa ‘authentic assessment’ kerana
penilaian sebegini memberi alternatif kepada penilaian secara tradisional.
what’s “performance” to one educator may not qualify as “performance” to another
Kepentingan penilaian tingkahlaku moral
KEPENTINGAN
PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
- Mehren
(1992) menggalakkan penggunaan penilaian tingkahlaku moral kerana:
- penilaian
tingkahlaku moral sesuai digunakan untuk menilai pelajar dari pelbagai
peringkat perkembangan moral
- kesan
dari kognitif psikologi iaitu dipercayai bahawa pelajar perlu kemahiran
dari aspek pengetahuan dan proses memperolehi pengetahuan. Proses ini
lebih jelas dinilai melalui tingkahlaku.
- Pengaruh
negatif penilaian konvensional. Penilaian tingkahlaku dapat mencapai
matlamat penilaian yang lebih realistik khasnya dari segi moral dan
etika.
PEMBINAAN ITEM
PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
- Dua
komponen perlu disediakan:
- tugasan (task)
yang perlu dilakukan oleh pelajar
- rubrik
pemarkahan (scoring guide) untuk menilai tingkahlaku pelajar yang
menjalani penilaian tingkah laku moral
FAKTOR-FAKTOR
YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
- Penilaian
tingkahlaku mengambil tempoh masa yang lama
- masa
untuk menyediakan tugasan yang sesuai
- masa
untuk menyediakan rubrik pemarkahan
- masa
untuk menilai respon pelajar
Pembinaan Item Aspek Afektif
PEMBINAAN ITEM
ASPEK AFEKTIF (EMOSI)
PENGENALAN
- Penilaian
afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang
pelajar.
- Misalnya
penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah
satu contoh penilaian afektif.
- Kontras
dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar.
- Kontras
dengan bidang psikomotor yang melibatkan ‘small muscles and large muscles
skills’
David R.
Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif.
Tahap
|
Ciri-ciri
|
Penerimaan
‘Receiving/Attending’
|
|
Bergerakbalas
‘Responding’
|
|
Penilaian
‘Valuing’
|
|
Pengurusan
|
|
Perwatakan berdasarkan nilai
(Characterization by a value or
value complex)
|
|
PEMBINAAN ITEM
UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL
- Self-report
assessment devices
Anderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif pelajar. - Inventori
Likert
- Likert
(1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan
guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral.
- Dalam
Inventori Likert, beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam
bentuk 5, 3 atau 2 pilihan.
- Contoh
pilihan: Ya, Tidak
- Setuju,
Kurang Setuju, Tidak Setuju
- Sangat
Setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju
Kesimpulan
KESIMPULAN
Secara umumnya,
penilaian Pendidikan Moral di bilik darjah perlu menitikberatkan aspek-aspek
berikut:
- Tujuan
penilaian
- Skop
penilaian
- Pendekatan
yang akan digunakan
- Pelaksanaan
- Rekod
- Pelaporan