Pengenalan
Saya telah menjalankan makropengajaran untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah Kebersihan Diri di bawah tema Bersih Dan Sihat.
Rancangan
Pengajaran Harian
MATA PELAJARAN:
|
BAHASA MALAYSIA
|
TAHUN:
|
Tahun 1
|
BILANGAN MURID:
|
8 Orang
|
TARIKH:
|
18 Oktober 2011
|
MASA:
|
8.30-9.30pagi
|
TEMA:
|
BERSIH DAN SIHAT
|
TAJUK:
|
Bersihkan Diri
|
FOKUS
UTAMA
|
Standard Kandungan
|
4.4
|
Melafazkan dan memahami puisi
dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
|
Standard pembelajaran
|
4.4.1
|
Melafazkan pantun dua kerat
dengan intonasi yang betul secara didik hibur.
|
FOKUS
SAMPINGAN
|
Standard Kandungan
|
2.3
|
Membaca kuat pelbagai bahan
bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
|
Standard pembelajaran
|
2.3.1
|
Membaca kuat ayat tunggal
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pelajaran ini,
murid dapat:
i.
Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang
betul
ii.
Membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul.
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
i.
Ilmu : Menjaga kebersihan diri (Pendidikan Moral)
ii.
Nilai : Kebersihan Fizikal Dan Mental
iii.
KBT : Kecerdasan Pelbagai - Verbal linguistik
BCB: mencatat nota
iv.
Teknik :Soal Jawab
|
SISTEM BAHASA
|
Tatabahasa: Kata Nama Am
|
MEDIA/BAHAN BANTU MENGAJAR
|
Sabun, ubat gigi, pengetip
kuku, syampu, kad pantun, carta soalan dan jawapan dan lembaran kerja 1&
2.
|
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Set Induksi (5 minit)
1. Guru menunjukkan alat atau bahan maujud seperti
sabun, ubat gigi, pengetip kuku dan syampu kepada murid.
2. Murid menyatakan kegunaan bahan atau alat yang
ditunjukkan oleh guru.
3.
Murid dan guru bersoaljawab tentang alat/bahan
maujud tersebut.
|
Nilai:
Kebersihan Fizikal Dan Mental
Teknik:
Teknik Soal Jawab
|
BAHAN/ALAT MAUJUD
Sabun, ubat gigi, pengetip
kuku, syampu
|
Langkah 1 (8 minit)
1.
Guru melafazkan pantun tentang kebersihan diri dan
meminta murid mendengar dengan teliti
2.
Guru membimbing murid melafazkan pantun itu semula
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.
Murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul,
intonasi dan gaya yang sesuai secara kelas, kumpulan dan individu.
4.
Murid diminta menulis baris pantun tersebut pada
kotak pantun yang bernombor.
|
KBT:
KP – Verbal linguistik
KBT:
BCB – mencatat nota
|
Kad Pantun
Lembaran kerja 1
|
Langkah 2 (7 minit)
1.
Guru menjelaskan konsep pantun 2 kerat.
2. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun
yang telah dilafazkan.
3. Murid diminta mengenal pasti frasa yang berkaitan
tentang kebersihan diri yang terdapat dalam pantun.
|
Nilai:Kebersihan fizikal
|
Kad Pantun
|
Langkah 3 (6 minit)
1. Guru memaparkan carta pantun yang tidak lengkap.
2. Murid dipilih secara rawak dan diberikan kad
jawapan. Murid diminta melekat kad jawapan pada tempat yang betul.
3.
Murid melafazkan pantun tersebut.
|
Ilmu: Pendidikan Moral
|
Carta pantun dan jawapan
|
Penutup (4 minit)
1. Guru meminta murid mengimbas semula tajuk yang
dipelajari.
2. Murid membaca pantun dengan sebutan, gaya dan
intonasi yang betul.
3.
Murid diberi lembaran kerja untuk memadankan gambar
dengan pantun yang sesuai sebagai kerja rumah.
|
|
Kad pantun
Lembaran Kerja 2
|
LAMPIRAN
PANTUN DUA KERAT
1. IKAN KELI DI ATAS BUKIT,
GOSOK GIGI SUPAYA TAK SAKIT.
2. BELI SOTONG MASAK KARI,
KUKU DIPOTONG KUMAN LARI.
3. IKAN HARUAN DI DALAM TANGKI
SABUN BADAN BUANG DAKI.
4. NAIK BOT PERGI KE HULU,
CUCI RAMBUT BERSIH SELALU
REFLEKSI:
KEKUATAN
Daripada Makropengajaran yang telah
saya laksanakan, saya mendapati ada kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan iaitu
kejelasan dan kelantangan suara saya. Namun begitu,
saya juga perlu menunjukkan kelembutan dan sifat penyayang apabila mengajar
murid-murid ini kerana sekiranya saya terlalu tegas, mereka akan ketakutan dan
tidak dapat fokus terhadap pelajaran mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan
murid mendengar arahan dan seterusnya membantu membina aliran pemahaman murid
terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Saya juga
dapat mengawal tingkah laku mereka dengan cara tersebut.
Dalam Set Induksi, saya telah menggunakan bahan maujud
bagi membina aliran perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Ini
secara langsung dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang ingin
disampaikan. Murid juga sangat aktif dalam memberikan jawapan kepada soalan
yang dikemukakan walaupun kadang-kadang murid menggunakan bahasa ibunda mereka.
Saya sebagai guru pula harus membetulkan kesalahan tersebut.
KELEMAHAN
Walaupun begitu, terdapat kelemahan dan kekurangan yang
dikenalpasti dalam pelaksanaan makropengajaran ini iaitu ketepatan mengikut
masa yang ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat.
Ketepatan masa adalah sangat penting untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan antara
rakaman dan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat, saya mendapati masa
yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak sama. Saya
lebih banyak membiarkan murid membaca pantun berbanding masa menjawab soalan
yang diberikan. Walaubagaimanapun, masa keseluruhan dalam pengajaran ini tidak
terlalu terjejas.
LANGKAH
MENGATASI
Oleh itu, setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah
dibaiki bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya pada masa
akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran ini,
penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan dalam penggunaan masa
menyampaikan pelajaran, mengawal murid ketika memberi soalan dan pemantauan
murid ketika melakukan latihan di dalam kelas. Ketetapan masa seperti yang
ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian haruslah saya tepati. Ketetapan
masa sangat perlu diikuti untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana ia akan memudahkan saya dalam menyelesaikan setiap langkah penyampaian
pengajaran bermula dari set induksi sehinggalah ke langkah penutup.