Tuesday, 22 November 2011

Makropengajaran Bahasa Melayu Tahun 1

Pengenalan 
Saya telah menjalankan makropengajaran untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah Kebersihan Diri di bawah tema Bersih Dan Sihat.

Rancangan Pengajaran Harian
MATA PELAJARAN:
BAHASA MALAYSIA
TAHUN:
Tahun 1
BILANGAN MURID:
8 Orang
TARIKH:
18 Oktober 2011
MASA:
8.30-9.30pagi
TEMA:
BERSIH DAN SIHAT
TAJUK:
Bersihkan Diri

FOKUS
UTAMA
Standard Kandungan
4.4
Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard pembelajaran
4.4.1
Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.
FOKUS
SAMPINGAN
Standard Kandungan
2.3
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard pembelajaran
2.3.1
Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.



OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i.              Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul
ii.             Membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PENGISIAN KURIKULUM
i.              Ilmu : Menjaga kebersihan diri (Pendidikan Moral)
ii.             Nilai : Kebersihan Fizikal Dan Mental
iii.            KBT : Kecerdasan Pelbagai - Verbal linguistik
BCB: mencatat nota
iv.           Teknik :Soal Jawab
SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata Nama Am
MEDIA/BAHAN BANTU MENGAJAR

Sabun, ubat gigi, pengetip kuku, syampu, kad pantun, carta soalan dan jawapan dan lembaran kerja 1& 2.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Set Induksi (5 minit)
1.   Guru menunjukkan alat atau bahan maujud seperti sabun, ubat gigi, pengetip kuku dan syampu kepada murid.
2.  Murid menyatakan kegunaan bahan atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
3.    Murid dan guru bersoaljawab tentang alat/bahan maujud tersebut.

Nilai:
Kebersihan Fizikal Dan Mental
Teknik:
Teknik Soal Jawab


BAHAN/ALAT MAUJUD
Sabun, ubat gigi, pengetip kuku, syampu
Langkah 1 (8 minit)
1.    Guru melafazkan pantun tentang kebersihan diri dan meminta murid mendengar dengan teliti
2.    Guru membimbing murid melafazkan pantun itu semula dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.    Murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai secara kelas, kumpulan dan individu.
4.    Murid diminta menulis baris pantun tersebut pada kotak pantun yang bernombor.

KBT:
KP – Verbal linguistik





 KBT:
BCB – mencatat nota

Kad Pantun






 Lembaran kerja 1
Langkah 2 (7 minit)
1.    Guru menjelaskan konsep pantun 2 kerat.
2. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun yang telah dilafazkan.
3. Murid diminta mengenal pasti frasa yang berkaitan tentang kebersihan diri yang terdapat dalam pantun.

Nilai:Kebersihan fizikal







Kad Pantun






Langkah 3 (6 minit)
1. Guru memaparkan carta pantun yang tidak lengkap.
2.  Murid dipilih secara rawak dan diberikan kad jawapan. Murid diminta melekat kad jawapan pada tempat yang betul.
3.    Murid melafazkan pantun tersebut.

Ilmu: Pendidikan Moral

Carta pantun dan jawapan
Penutup (4 minit)
1.  Guru meminta murid mengimbas semula tajuk yang dipelajari.
2.  Murid membaca pantun dengan sebutan, gaya dan intonasi yang betul.
3.    Murid diberi lembaran kerja untuk memadankan gambar dengan pantun yang sesuai sebagai kerja rumah.


Kad pantun




Lembaran Kerja 2

LAMPIRAN

PANTUN DUA KERAT

1. IKAN KELI DI ATAS BUKIT, 
    GOSOK GIGI SUPAYA TAK SAKIT.

2. BELI SOTONG MASAK KARI, 
    KUKU DIPOTONG KUMAN LARI.

3. IKAN HARUAN DI DALAM TANGKI
    SABUN BADAN BUANG DAKI.

4. NAIK BOT PERGI KE HULU, 
    CUCI RAMBUT BERSIH SELALU

REFLEKSI:

KEKUATAN 
            Daripada Makropengajaran yang telah saya laksanakan, saya mendapati ada kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan iaitu kejelasan dan kelantangan suara saya. Namun begitu, saya juga perlu menunjukkan kelembutan dan sifat penyayang apabila mengajar murid-murid ini kerana sekiranya saya terlalu tegas, mereka akan ketakutan dan tidak dapat fokus terhadap pelajaran mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan murid mendengar arahan dan seterusnya membantu membina aliran pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Saya juga dapat mengawal tingkah laku mereka dengan cara tersebut. 
Dalam Set Induksi, saya telah menggunakan bahan maujud bagi membina aliran perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Ini secara langsung dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang ingin disampaikan. Murid juga sangat aktif dalam memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan walaupun kadang-kadang murid menggunakan bahasa ibunda mereka. Saya sebagai guru pula harus membetulkan kesalahan tersebut.
         
KELEMAHAN
     Walaupun begitu, terdapat kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan makropengajaran ini iaitu ketepatan mengikut masa yang ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat. Ketepatan masa adalah sangat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan antara rakaman dan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat, saya mendapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak sama. Saya lebih banyak membiarkan murid membaca pantun berbanding masa menjawab soalan yang diberikan. Walaubagaimanapun, masa keseluruhan dalam pengajaran ini tidak terlalu terjejas.

LANGKAH MENGATASI
Oleh itu, setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah dibaiki bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran ini, penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan dalam penggunaan masa menyampaikan pelajaran, mengawal murid ketika memberi soalan dan pemantauan murid ketika melakukan latihan di dalam kelas. Ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian haruslah saya tepati. Ketetapan masa sangat perlu diikuti untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ia akan memudahkan saya dalam menyelesaikan setiap langkah penyampaian pengajaran bermula dari set induksi sehinggalah ke langkah penutup.

No comments:

Post a Comment

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan