Tuesday 22 November 2011

Mikropengajaran

Dalam Tugasan Mikropengajaran yang lepas, saya menggunakan gambar sebagai alat bantu mengajar saya. Kelas yang saya ajar ialah Tahun 1 untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kemahiran yang saya gunakan ialah Kemahiran Memulakan Pengajaran (Set Induksi). Sebelum memulakan pengajaran, saya menunjukkan gambar dan menyoal murid tentang gambar tersebut untuk menarik perhatian murid, membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif, memperkenalkan objektif pembelajaran, membina aliran pemikiran murid dan mengetahui pengetahuan sedia ada murid.

Gambar diwarnakan sebelum digunakan.

Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Malaysia Tahun 1

TARIKH:
18 OKTOBER 2011
MASA:
7.30 – 8.30 PG
TAHUN:
Tahun 1
TEMA:
KEKELUARGAAN
TAJUK:
Kebun Datuk Saya

FOKUS
UTAMA
Standard Kandungan
4.1
Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Standard pembelajaran
4.1.1
Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
FOKUS
SAMPINGAN
Standard Kandungan
1.5
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard pembelajaran
1.5.1
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal



OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i.              Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melaui nyanyian secara didik hibur.
ii.             Menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar.
PENGISIAN KURIKULUM
i.              Ilmu : Pendidikan Moral
ii.             Nilai : Kasih sayang, keberanian
iii.            KBT : Verbal linguistik, visual ruang, kinestetik
SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata Nama Am
MEDIA
Seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan dan lampiran

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Set Induksi
1.    Guru mempamerkan gambar tunggal pada papan tulis.
2. Kemudian, murid diminta untuk menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut dan membunyikan bunyi haiwan tersebut.

Nilai:
Kasih sayang
Teknik Soal Jawab
Teknik nyanyian

Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid powerpoint)
Langkah 1
1.    Guru mempamerkan seni kata lagu ”Datuk Saya Ada Kebun” dan membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.
2.   Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan aksi yang sesuai.
3.    Murid menyanyikan lagu tersebut secara kelas.
4.   Guru dan murid menyanyi beramai-ramai sambil melakukan aksi yang sesuai.





Lampiran 2
Seni Kata Lagu
”Datuk Saya Ada Kebun”
Langkah 2
1.   Guru menyediakan 5 keping kad perkataan (ayam, itik, kambing, burung, kucing).
2.    Lima orang murid dipilih secara rawak. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pasa Lampiran 1.
3.    Kemudian, murid diminta menyebut nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul.
4.    Murid yang melekatkan kad perkataan diminta bercerita tentang haiwan-haiwan yang telah disebut tadi.

KBT
Kontekstual

Nilai: Keberanian

Lampiran 3
Kad Perkataan

Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid powerpoint)
Penutup
1.    Murid diminta untuk menyanyikan semula lagu ”Datuk Saya Ada Kebun” dengan sebutan  dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai sebagai penutup.

Lampiran 2
Seni Kata Lagu
”Datuk Saya Ada Kebun”

LAMPIRAN

SENI KATA LAGU

Datuk Saya Ada Kebun

Datuk saya ada kebun
iya iya o
Di kebunnya ada ayam
iya iya o
kok kok ni dan kok kok tu
kok ni kok tu
kok kok kok kok kok

Datuk saya ada kebun
iya iya o
Di kebunnya ada itik
iya iya o
kuek kuek ni dan kuek kuek tu
kuek ni kuek tu
kuek kuek kuek kuek kuek

Datuk saya ada kebun
iya iya o
Di kebunnya ada kambing
iya iya o
mbek mbek ni dan mbek mbek tu
mbek ni mbek tu
mbek mbek mbek mbek mbek

Datuk saya ada kebun
iya iya o
Di kebunnya ada lembu
iya iya o
moo moo ni dan moo moo tu
moo ni moo tu
moo moo moo moo moo 

REFLEKSI

KEKUATAN 
Antara kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan dalam menjalankan tugasan mikropengajaran ini ialah ketegasan dan kelantangan suara saya dalam pengajaran. Ini kerana suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar dan seterusnya membantu membina aliran pemikiran murid terhadap apa yang akan dipelajari. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam sesi pengajaran supaya murid menumpukan sepenuh perhatian kepada guru. Oleh itu, murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain terutamanya dalam langkah set induksi yang memerlukan guru untuk menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang akan dipelajari. Sekiranya suara guru tidak jelas, ia akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid terhadap pembelajaran. Malah murid juga akan lebih hormat kepada guru kerana ketegasan yang ditunjukkan oleh guru dalam pengajaran.
 
KELEMAHAN
            Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam mikropengajaran ini ialah penggunaan gambar tunggal yang agak kecil. Murid tidak dapat meihat gambar tunggal dengan jelas. Ini menyebabkan murid memberi pelbagai jawapan. Contohnya, untuk gambar kambing, murid menyangkakan ia adalah lembu. Ini menunjukkan gambar yang ditunjukkan oleh guru kurang jelas dan tidak sesuai. Kejelasan dalam alat bantu mengajar adalah sangat penting supaya murid dapat memahami pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada pelajaran akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam mikropengajaran ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah menggunakan gambar tunggal yang terang dan jelas.
 Gambar tunggal yang digunakan untuk meransang pemikiran murid juga hendaklah diperbaiki. Guru boleh membesarkan gambar tunggal tersebut agar lebih jelas dan terang. Murid juga dapat melihat gambar tersebut dengan lebih jelas dan mereka juga dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Ini secara langsung dapat membantu guru mencapai objektif yang ingin disampaikan.

No comments:

Post a Comment

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan