RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran: Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun: Lima
Bilangan murid: 16 orang
Kedatangan: 16/16 orang
Tarikh: 12 September 2011
Hari: Isnin
Masa: 1230 - 1330 ptg
Tajuk: Mengurus Perbelanjaan Sendiri
Sub Tajuk: a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan
b. Merancang perbelanjaan
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyebut sekurang-kurangnya 2 daripada 3 sumber pendapatan.
ii. Menyediakan satu rekod pendapatan dan perbelanjaan sendiri.
iii. Menyatakan cara berbelanja dengan bijak.
iv. Menerangkan cara menabung.
v. Mengisi borang simpanan bank.
Penerapan Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat, berusaha, tekun, sabar
Penyebatian KBKK: Menganalisa
Teknik Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), surat khabar, botol mineral atau botol kaca, tin aluminium, tabung, kad gambar, beberapa jenis barang keperluan dan barang kehendak, buku akaun bank, kad bank, radio
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah menerima wang saku daripada ibu bapa mereka.
PROSEDUR PELAKSANAAN
|
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
|
KEMAHIRAN
|
AKTIVITI p&p
|
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
|
Set
Induksi
(5
minit)
|
Menggunakan
kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap barang maujud yang
ditunjuk untuk mendekatkan murid kepada isi pelajaran
|
Kamahiran
mentafsir
|
1.
Guru menunjukkan surat khabar, botol mineral, botol kaca, tin minuman dan tabung.
Tujuan:
-menarik
minat murid
-menguji
pengetahuan sedia ada
2.
Kemudian guru menyoal murid berdasarkan barang-barang maujud tersebut.
3.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang akan disampaikan.
|
ABM/BBM:
LCD
(power point), surat khabar, botol mineral, botol kaca, tin aluminium dan
tabung
|
Perkembangan
Langkah
1
(10
minit)
|
Merekod
pendapatan dan perbelanjaan
1.
Mengenal pasti sumber pendapatan.
2.
Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan.
|
Kemahiran
menyenaraikan sumber pendapatan
|
1.
Guru menerangkan cara sumber pendapatan diperolehi berdasarkan power point yang dipaparkan.
2.
Guru mengajukan soalan.
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Nilai:
yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK:
Menganalisis
|
Langkah
2
(12
minit)
|
Merancang
perbelajaan
1.
Menentukan cara berbelanja
|
Kemahiran
menyatakan cara berbelanja
|
1.
Guru menerangkan isi pelajaran berdasrkan paparan power point.
2.
Guru mengajukan soalan.
3.
Guru menunjukkan beberapa jenis barang dan menyoal murid sama ada barang yang
ditunjukkan barang keperluan atau barang kehendak.
4. Guru
bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman.
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Beberapa
jenis barang keperluan dan kehendak
Nilai:
yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK:
Menganalisis
Teknik
KMD:
Ramalan
dan analisis
|
Langkah
3
(10
minit)
|
2.
Menentukan cara menabung.
3.
Membuka akaun simpanan di Bank.
|
Kemahiran
mengenalpasti cara menabung dan mengisi borang simpanan bank
|
1.
Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru menerangkan cara menabung
sambil menyoal murid.
2. Guru
menunjukkan kad-kad gambar contoh bank yang boleh mereka buka untuk tujuan
menabung.
3.
Guru menayangkan contoh borang simpanan bank dan menerangkan cara mengisi
borang tersebut.
4.
Sebelum itu, guru mengedarkan contoh borang, buku akaun dan kad bank kepada murid agar
mereka dapat melihat dengan lebih dekat apakah sebenarnya menabung iaitu
menyimpan duit di bank.
5.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang dibincangkan.
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Kad gambar,
buku akaun dan kad bank
Nilai:
yakin
KBKK:
menganalisa
|
Langkah
4
(18
minit)
|
Kuiz
dan muzik
Penilaian
|
1.
Guru menerangkan cara kuiz diadakan.
2.
Apabila muzik dimulakan, cawan berisi air akan digerakkan. Apabila muzik
berhenti, murid yang memegang cawan tersebut akan menjawab soalan.
3.
Kuiz diteruskan sehingga soalan selesai.
Guru meminta
murid mengimbas kembali tajuk yang
dipelajari
|
ABM/BBM:
LCD
(power point)
Cawan
berisi air, muzik dan radio
Nilai:
yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
|
|
Penutup
(5
minit)
|
Rumusan
|
1. Guru
memberi penghargaan positif kepada murid yang telah mengambil bahagian dengan
aktif.
2. Guru
membuat rumusan tentang tajuk.
|
Nilai:
Berusaha, tekun, sabar
|
REFLEKSI:
Dalam tajuk ini juga, saya menggunakan paparan power point. Oleh itu, murid dapat mengetahui bagaimana mengurus perbelanjaan sendiri. Murid dapat mengetahui bagaimana mendapatkan sumber pendapatan selain dari mendapatkan wang saku daripada ibu bapa mereka. Dengan ini murid dapat belajar bagaimana untuk berdikari dan berjimat cermat dalam berbelanja.Kekuatan:
Murid dapat memahami is pelajaran kerana saya telah menunjukkan contoh bagi semua isi pelajaran. Contohnya, borang simpanan, kad bank dan buku bank. Murid juga mengetahui bagaimana untuk mendapatkan pendapatan melalui pelbagai cara. Murid juga amat berminat dengan kuiz diadakan. Murid juga tidak lagi berebut-rebut untuk menjawab soalan setelah menggunakan cara tersebut iaitu muzik dengan cawan air.
Kelemahan:
Terdapat murid yang tidak tahu mengisi borang simpanan. Saya juga tidak sempat memberi tunjuk ajar mengisi boarang tersebut disebabkan kesuntukan masa. Saya terpaksa meneruskan aktiviti walaupun terdapat murid yang tidak menyiapkan tugasan mereka.
Langkah Mengatasi:
Untuk langkah mengisi borang tersebut, saya akan letakkan langkah tersebut pada langkah terakhir atau sebagai latihan kerja rumah mereka. Sebelum itu, saya akan menunjukkan contoh borang yang sudah diisikan dengan lengkap.
Murid Tahun 5