Thursday, 24 November 2011

Mengurus Perbelanjaan Sendiri

Tajuk5-Mengurus Perbelanjaan Sendiri


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran: Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun: Lima
Bilangan murid: 16 orang
Kedatangan: 16/16 orang
Tarikh: 12 September 2011
Hari: Isnin
Masa: 1230 - 1330 ptg
Tajuk: Mengurus Perbelanjaan Sendiri
Sub Tajuk: a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan
                  b. Merancang perbelanjaan
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyebut sekurang-kurangnya 2 daripada 3 sumber pendapatan.
ii. Menyediakan satu rekod pendapatan dan perbelanjaan sendiri.
iii. Menyatakan cara berbelanja dengan bijak.
iv. Menerangkan cara menabung.
v. Mengisi borang simpanan bank.
Penerapan Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat, berusaha, tekun, sabar
Penyebatian KBKK: Menganalisa
Teknik Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), surat khabar, botol mineral atau botol kaca, tin aluminium, tabung, kad gambar, beberapa jenis barang keperluan dan barang kehendak, buku akaun bank, kad bank, radio
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah menerima wang saku daripada ibu bapa mereka.

PROSEDUR PELAKSANAAN
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
AKTIVITI p&p
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap barang maujud yang ditunjuk untuk mendekatkan murid kepada isi pelajaran
Kamahiran mentafsir
1. Guru menunjukkan surat khabar, botol mineral, botol kaca, tin minuman dan tabung.
Tujuan:
-menarik minat murid
-menguji pengetahuan sedia ada
2. Kemudian guru menyoal murid berdasarkan barang-barang maujud tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang akan disampaikan.
ABM/BBM:
LCD (power point), surat khabar, botol mineral, botol kaca, tin aluminium dan tabung
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Merekod pendapatan dan perbelanjaan
1. Mengenal pasti sumber pendapatan.
2. Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan.
Kemahiran menyenaraikan sumber pendapatan
1. Guru menerangkan cara sumber pendapatan diperolehi berdasarkan power point  yang dipaparkan.
2. Guru mengajukan soalan.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis

Langkah 2
(12 minit)
Merancang perbelajaan
1. Menentukan cara berbelanja
Kemahiran menyatakan cara berbelanja
1. Guru menerangkan isi pelajaran berdasrkan paparan power point.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru menunjukkan beberapa jenis barang dan menyoal murid sama ada barang yang ditunjukkan barang keperluan atau barang kehendak.
4. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman.
ABM/BBM:
LCD (power point)
Beberapa jenis barang keperluan dan kehendak

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis

Teknik KMD:
Ramalan dan analisis

Langkah 3
(10 minit)
2. Menentukan cara menabung.
3. Membuka akaun simpanan di Bank.
Kemahiran mengenalpasti cara menabung dan mengisi borang simpanan bank
1. Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru menerangkan cara menabung sambil menyoal murid.
2. Guru menunjukkan kad-kad gambar contoh bank yang boleh mereka buka untuk tujuan menabung.
3. Guru menayangkan contoh borang simpanan bank dan menerangkan cara mengisi borang tersebut.
4. Sebelum itu, guru mengedarkan contoh borang,  buku akaun dan kad bank kepada murid agar mereka dapat melihat dengan lebih dekat apakah sebenarnya menabung iaitu menyimpan duit di bank.
5. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang dibincangkan.

ABM/BBM:
LCD (power point)
Kad gambar, buku akaun dan kad bank

Nilai: yakin

KBKK: menganalisa
Langkah 4
(18 minit)
Kuiz dan muzik















Penilaian

1. Guru menerangkan cara kuiz diadakan.
2. Apabila muzik dimulakan, cawan berisi air akan digerakkan. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang cawan tersebut akan menjawab soalan.
3. Kuiz diteruskan sehingga soalan selesai.

Guru meminta murid mengimbas kembali  tajuk yang dipelajari
ABM/BBM:
LCD (power point)
Cawan berisi air, muzik dan radio

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
Penutup
(5 minit)
Rumusan

1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang telah mengambil bahagian dengan aktif.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
Nilai: Berusaha, tekun, sabar

REFLEKSI:
Dalam tajuk ini juga, saya menggunakan paparan power point. Oleh itu, murid dapat mengetahui bagaimana mengurus perbelanjaan sendiri. Murid dapat mengetahui bagaimana mendapatkan sumber pendapatan selain dari mendapatkan wang saku daripada ibu bapa mereka. Dengan ini murid dapat belajar bagaimana untuk berdikari dan berjimat cermat dalam berbelanja.
Kekuatan:
Murid dapat memahami is pelajaran kerana saya telah menunjukkan contoh bagi semua isi pelajaran. Contohnya, borang simpanan, kad bank dan buku bank. Murid juga mengetahui bagaimana untuk mendapatkan pendapatan melalui pelbagai cara. Murid juga amat berminat dengan kuiz diadakan. Murid juga tidak lagi berebut-rebut untuk menjawab soalan setelah menggunakan cara tersebut iaitu muzik dengan cawan air.
Kelemahan:
Terdapat murid yang tidak tahu mengisi borang simpanan. Saya juga tidak sempat memberi tunjuk ajar mengisi boarang tersebut disebabkan kesuntukan masa. Saya terpaksa meneruskan aktiviti walaupun terdapat murid yang tidak menyiapkan tugasan mereka.
Langkah Mengatasi:
Untuk langkah mengisi borang tersebut, saya akan letakkan langkah tersebut pada langkah terakhir atau sebagai latihan kerja rumah mereka. Sebelum itu, saya akan menunjukkan contoh borang yang sudah diisikan dengan lengkap.


Murid Tahun 5

No comments:

Post a Comment

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan