Monday, 21 November 2011

Cerita Kanak-Kanak





Cerita kanak-kanak ini sesuai ditayangkan kepada murid-murid Tahun 1 dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

Refleksi:

Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, saya telah menayangkan cerita-cerita ini. Murid sangat berminat dan ini secara tidak langsung dapat mengekalkan tumpuan mereka di dalam kelas. Saya menggunakan cerita yang berkaitan dengan nilai-nilai yang dipelajari agar murid dapat melihat dengan lebih dekat nilai-nilai yang dipelajari.

Planet

Sistem Suria





Refleksi:

Saya menggunakan video ini dalam pengajaran saya agar murid dapat melihat dengan lebih dekat tentang planet terutamanya BUMI. Saya mendapati murid sangat berminat dan menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Murid juga sentiasa mengajukan soalan tentang tajuk yang dipelajari. Ini menunjukkan murid dapat mempelajari sesuatu yang baru dan sentiasa ingin tahu tentang dunia sekitar mereka.


Lagu Kanak-Kanak

Lagu Bangau oh Bangau

Ikan Kekek


Nenek Si Bongkok Tiga

Lompat Katak


Jong-jong Inai

Bapaku Pulang dari Kota

Sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu Pendekatan Didik Hibur.


Refleksi:

Apabila saya menggunakan pendekatan didik hibur di dalam bilik darjah, saya mendapati murid sangat berminat untuk belajar. Oleh itu, sekiranya terdapat lagu kanak-kanak yang sesuai, saya akan menggunakan lagu-lagu tersebut sebagai Set Induksi iaitu dalam langkah memulakan langkah pengajaran. Ini penting bagi memandu aliran pemikiran murid terhadap tajuk yang akan dipelajari. 

Pemilihan lagu pula hendaklah bersesuaian dengan tahap murid. Contohnya, saya mengajar murid-murid Tahun 1, tentulah pemilihan lagu bersesuaian dengan tahap mereka. Ini adalah bertujuan agar murid dapat menyanyikan lagu yang diberikan dengan baik.

Saringan Ketiga (Oktober)

REFLEKSI:

             Ujian Saringan Ketiga telah diadakan pada bulan Oktober. Lusiana sekali lagi menduduki ujian tersebut. Lusiana telah menguasai konstruk 1 hingga 7. Ini merupakan satu kejayaan buat Lusiana telah menguasai konstruk-konstruk tersebut. Ini membolehkan Lusiana naik dari kelas LINUS Tegar kepada Program LINUS. Saya juga turut berasa gembira dengan apa yang diperolehi olah Lusiana walaupun belum layak ke Arus Perdana.
             Dalam ujian tersebut, Lusiana telah menunjukkan peningkatan kerana telah telah mengenal, membunyikan dan menulis huruf dengan baik. Antara konstruk yang telah dikuasai oleh Lusiana ialah:

Konstruk 1 - Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 - Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 - Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 - Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 6 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup 'ng'.
Konstruk 7 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata vokal tunggal.

            Oleh itu, dalam Tahun 2, Lusiana perlu mengikut Program LINUS dan mengikut Ujian Saringan Keempat yang akan datang.

Murid Tahun 1 SK Lepong Menuan, Kapit.

Saringan Kedua (Jun)

REFLEKSI:

                  Pada bulan Jun, Saringan Kedua untuk LINUS dijalankan bagi murid yang tidak melepasi Ujian Saringan Pertama yang diadakan pada bulan Mac. Sudah tentulah Lusiana Nora perlu melalui Ujian Saringan Kedua ini. Setelah diberi bimbingan dan tunjuk ajar selepas Ujian Saringan Pertama pada bulan Mac, terdapat peningkatan dalam Ujian Saringan Kedua ini. Lusiana telah menguasai Konstruk 1 seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Lusiana telah menguasai konstruk pertama iaitu keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.

                  Lusiana telah meningkat dengan sangat baik dan menguasai konstruk 1 kerana pada Ujian Saringan Pertama (Mac), Lusiana tidak menguasai kesemua konstruk tersebut. Ini merupakan satu kejayaan buat Lusiana dan juga saya sebagai guru matapelajaran Bahasa Malaysianya. Saya bertekad untuk memberi yang terbaik kepada Lusiana agar Lusiana dapat membaca dan juga menulis. Walaubagaimanapun, Lusiana juga harus mempunyai semangat agar dirinya berjaya seperti rakan-rakanya yang lain.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran LINUS Tegar

Setelah melalui Ujian Saringan Kedua pada bulan Jun, saya telah mengajar Lusiana kemahiran-kemahiran yang berikut sepanjang bulan Jun, Julai, Ogos dan September:

2.0 Membaca Suku Kata
2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK
2.3 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK

Saya juga telah menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang sesuai dengan murid seperti Lusiana kerana murid yang lemah seperti Lusiana memerlukan bimbingan yang lebih berbanding murid-murid yang lain. Latihan-latihan yang diberikan juga hendaklah sesuai dengan tahapnya. Oleh itu, saya menggunakan Modul Murid yang telah dibekalkan oleh KPM. Saya mendapati Modul Murid yang diberikan amat bersesuaian dengan tahap murid LINUS seperti Nora.

Murid-murid sedang membuat latihan yang diberikan.

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan