RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran:
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun:
Lima
Bilangan
murid: 16 orang
Kedatangan:
16/16 orang
Tarikh:
8 Ogos 2011
Hari:
Isnin
Masa:
1230 - 1330 ptg
Tajuk:
Ikan Hiasan
Sub
Tajuk: Pengurusan
1.
Mengenal pasti kandungan mutu air.
2.
Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan mencuci penapis.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyatakan
pH dan suhu air yang sesuai untuk ikan hiasan di dalam akuarium.
ii. Menyatakan
sekurang-kurangnya 1 daripada 2 bahan beracun yang wujud di dalam air.
iii.
Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 langkah penjagaan harian untuk
akuarium.
iv.
Menerangkan langkah penjagaan mingguan iaitu membersihkan akuarium, menukar air
dan mencuci penapis mengikut langkah yang betul.
Penerapan
Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat,
berusaha, tekun, sabar
Penyebatian
KBKK: Menganalisis
Teknik
Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber
pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), akuarium dan ikan hiasan,
pencuci akuarium, anti klorin, makanan ikan, jaring, span, kertas litmus,
termometer, radio
Pengetahuan
Sedia Ada: Murid pernah melihat air di dalam akuarium yang kotor.
PROSEDUR PELAKSANAAN
|
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
|
KEMAHIRAN
|
AKTIVITI p&p
|
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan
kritis terhadap satu dialog perbulan untuk mendekatkan murid kepada isi
pelajaran.
|
Kamahiran mentafsir gambar
|
1. Dengan menggunakan power point, guru mempamerkan satu
gambar akuarium.
Tujuan:
-menarik minat murid
-menguji pengetahuan sedia ada
2. Setelah selesai, guru menyoal murid berdasarkan gambar tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang
akan disampaikan.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), akuarium
Nilai:
yakin
|
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
|
Mengenal pasti kandungan mutu air
1. Kebersihan air – bahan beracun seperti ammonia dan nitrat.
|
Kemahiran
mengenal pasti kandungan mutu air.
|
1. Guru menerangkan cara mengenal pasti kandungan mutu
air berdasarkan power point yang
dipaparkan.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru juga menunjukkan cara untuk menyukat pH dan
suhu air dengan menggunakan kertas litmus dna termometer.
4. Guru dan murid bersoal jawab.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), kertas litmus, termometer
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK: Menganalisis
|
Langkah 2
(12 minit)
|
Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan
mencuci penapis (Penjagaan Harian).
|
Kemahiran melakukan penjagaan harian
|
1. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan paparan
power point.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru meminta seorang murid ke depan untuk memberi
ikan makanan.
4. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan
lagi pemahaman.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), akuarium, makanan ikan
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK: Menganalisis
Teknik KMD:
Ramalan dan analisis
|
Langkah 3
(10 minit)
|
Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan
mencuci penapis (Penjagaan Mingguan)
|
Kemahiran melakukan penjagaan mingguan iaitu menukar
air akuarium yang kotor.
|
1. Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru
menerangkan tentang bagaimana melakukan penjagaan mingguan sambil menyoal
murid.
2. Guru juga menunjukkan contoh gambar akuarium yang
sentiasa diberi penjagaan harian dna penjagaan mingguan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang
dibincangkan.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), akuarium, jaring, ikan, span,
pencuci akuarium, anti klorin
Nilai: yakin
KBKK: menganalisa
Teknik KMD:
Ramalan dan analisis
|
Langkah 4
(18 minit)
|
Kuiz dan muzik
Penilaian
|
1. Guru menerangkan cara kuiz diadakan.
2. Apabila muzik dimulakan, cawan berisi air akan
digerakkan. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang cawan tersebut akan
menjawab soalan.
3. Kuiz diteruskan sehingga soalan selesai.
Guru meminta murid mengimbas kembali tajuk yang dipelajari
|
ABM/BBM:
Lembaran soalan,
Cawan berisi air, muzik dan radio
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
|
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan
|
1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang
telah mengambil bahagian dengan aktif.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
|
Nilai: Berusaha, tekun, sabar
|
Kelebihan
Untuk tajuk yang keenam juga, saya menggunakan paparan power point yang saya sediakan untuk murid-murid saya. Dalam tajuk ini, murid dapat memahami bagaimana mengenal pasti kandungan mutu air dan bagaimana melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan mencuci penapis. Paparan gambar yang ditunjukkan juga sangat jelas dan ini akan dapat memberi pemahaman kepada murid-murid saya.
Kekurangan:
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid agar sukar memahami apakah yang dimaksudkan dengan pH air. Ini mungkin sesuatu yang baru kepada murid. Murid juga tidak dapat membezakan perkataan antara pH dan suhu.
Langkah Mengatasi:
Untuk mengatasi masalah tersebut, saya akan melakukan satu aktiviti yang mana dapat memberi pemahaman kepada murid saya tentang pH dan suhu air. Contohnya, setiap murid akan diberikan kertas litmus untuk menguji pH air dan juga termometer untuk menyukat suhu air.
No comments:
Post a Comment