Thursday, 24 November 2011

Tajuk 5 - Makanan Ikan

Tajuk5-Makanan Ikan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran: Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun: Lima
Bilangan murid: 16 orang
Kedatangan: 16/16 orang
Tarikh: 1 Ogos 2011
Hari: Isnin
Masa: 1230 - 1330 ptg
Tajuk: Ikan Hiasan
Sub Tajuk: Pengurusan
1. Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.
2. Mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan.
3. Cara dan kekerapan memberi makan ikan hiasan.
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyebut sekurang-kurangnya 4 daripada 5 jenis makanan berproses/rumusan.
ii. Menyebut sekurang-kurangnya 5 daripada 8 jenis makanan hidup/semula jadi.
iii. Menyatakan jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan.
iv. Menyatakan kekerapan memberi makan ikan hiasan mengikut masa yang sesuai.
Penerapan Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat, berusaha, tekun, sabar
Penyebatian KBKK: Menganalisis
Teknik Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), akuarium dan ikan hiasan, makanan ikan
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melihat contoh makanan ikan iaiatu jenis pellet.

PROSEDUR PELAKSANAAN
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
AKTIVITI p&p
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap satu dialog perbulan untuk mendekatkan murid kepada isi pelajaran.
Kamahiran mentafsir bahan
1. Guru menunjukkan satu bahan iaitu contoh makanan ikan jenis pellet.
Tujuan:
-menarik minat murid
-menguji pengetahuan sedia ada
2. Setelah selesai, guru menyoal murid derdasarkan bahan tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang akan disampaikan.
ABM/BBM:
LCD (power point), makanan ikan jenis pellet.

Nilai:
yakin
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Mengenal pasti dan memilih makanan ikan hiasan.
1. Makanan berproses/rumusan
2. Makanan hidup/semula jadi
Kemahiran
mengenal pasti makanan ikan hiasan.

1. Guru menerangkan cara mengenal pasti makanan ikan hiasan.berdasarkan power point  yang dipaparkan.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru menunjukkan contoh makanan ikan.
4. Guru dan murid bersoal jawab.
ABM/BBM:
LCD (power point), contoh makanan ikan

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis
Langkah 2
(12 minit)
Mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan.
1. Ikan karnivor
2. Ikan Herbivor
3. Ikan Omnivor
4. Ikan Pemakan Plankton.
Kemahiran mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan.

1. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan paparan power point.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru juga menunjukkan beberapa jenis ikan bagi setiap kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya.
4. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman.
ABM/BBM:
LCD (power point), contoh makanan ikan

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis

Teknik KMD:
Ramalan dan analisis

Langkah 3
(10 minit)
Cara dan kekerapan memberi makanan ikan hiasan.
Kemahiran memberikan ikan makanan.
1. Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru menerangkan tentang cara dan kekerapan memberi makan ikan hiasan sambil menyoal murid.
2. Guru juga menunjukkan cara memberi ikan makan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang dibincangkan.

ABM/BBM:
LCD (power point), akuarium, jaring, ikan, span, pencuci akuarium, anti klorin

Nilai: yakin

KBKK: menganalisa

Teknik KMD:
Ramalan dan analisis
Langkah 4
(18 minit)
Permainan Teka Silang Kata











Penilaian

1. Guru melekatkan silang kata di papan tulis.
2. Guru membaca soalan dan kemudian memilih murid secara rawak untuk menulis jawapan pada ruang jawapan.
3. Guru akan membimbing murid.

Guru meminta murid mengimbas kembali  tajuk yang dipelajari
ABM/BBM:
Lembaran teka silang kata

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
Penutup
(5 minit)
Rumusan

1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang telah mengambil bahagian dengan aktif.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
Nilai: Berusaha, tekun, sabar

REFLEKSI:
Kelebihan
Dalam tajuk pengurusan Ikan Hiasan juga, saya menggunakan paparan powerpoint kepada murid saya. Ternyata murid sangat faham dengan tajuk tersebut. Memelihara ikan juga memerlukan pengurusan yang betul iaitu mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan, mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesies ikan dan cara serta kekerapan memberi makan ikan hiasan. Dengan paparan power point yang ditayangkan, murid dapat memahami tajuk yang dipelajari dengan lebih dekat lagi.
Kekurangan:
Dalam Langkah ke 4, saya mendapati aktiviti ini hanya terhad kepada beberapa orang murid berdasarkan jumlah soalan. Jadi saya tidak dapat menilai dengan telus tentang pemahaman murid terhadap tajuk ini.
Langkah Mengatasi:
Oleh itu, untuk mengatasi msalah tersebut, saya perlu membuat satu aktiviti di mana semua murid terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut. Contohnya, permainan harta karun yang melibatkan murid untuk bekerjasama dalam kumpulan dalam mencari jawapan.

No comments:

Post a Comment

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan