promosi thn 4
Yang ini rujukan kepada cikgu yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 untuk tajuk Promosi dalam tunjang Perniagaan Dan Keusahawanan.
Thursday, 24 November 2011
Tajuk 6 - Mutu Air
Tajuk6 Mutu Air
REFLEKSI:
Kelebihan
Untuk tajuk yang keenam juga, saya menggunakan paparan power point yang saya sediakan untuk murid-murid saya. Dalam tajuk ini, murid dapat memahami bagaimana mengenal pasti kandungan mutu air dan bagaimana melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan mencuci penapis. Paparan gambar yang ditunjukkan juga sangat jelas dan ini akan dapat memberi pemahaman kepada murid-murid saya.
Kekurangan:
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid agar sukar memahami apakah yang dimaksudkan dengan pH air. Ini mungkin sesuatu yang baru kepada murid. Murid juga tidak dapat membezakan perkataan antara pH dan suhu.
Langkah Mengatasi:
Untuk mengatasi masalah tersebut, saya akan melakukan satu aktiviti yang mana dapat memberi pemahaman kepada murid saya tentang pH dan suhu air. Contohnya, setiap murid akan diberikan kertas litmus untuk menguji pH air dan juga termometer untuk menyukat suhu air.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran:
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun:
Lima
Bilangan
murid: 16 orang
Kedatangan:
16/16 orang
Tarikh:
8 Ogos 2011
Hari:
Isnin
Masa:
1230 - 1330 ptg
Tajuk:
Ikan Hiasan
Sub
Tajuk: Pengurusan
1.
Mengenal pasti kandungan mutu air.
2.
Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan mencuci penapis.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyatakan
pH dan suhu air yang sesuai untuk ikan hiasan di dalam akuarium.
ii. Menyatakan
sekurang-kurangnya 1 daripada 2 bahan beracun yang wujud di dalam air.
iii.
Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 langkah penjagaan harian untuk
akuarium.
iv.
Menerangkan langkah penjagaan mingguan iaitu membersihkan akuarium, menukar air
dan mencuci penapis mengikut langkah yang betul.
Penerapan
Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat,
berusaha, tekun, sabar
Penyebatian
KBKK: Menganalisis
Teknik
Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber
pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), akuarium dan ikan hiasan,
pencuci akuarium, anti klorin, makanan ikan, jaring, span, kertas litmus,
termometer, radio
Pengetahuan
Sedia Ada: Murid pernah melihat air di dalam akuarium yang kotor.
PROSEDUR PELAKSANAAN
|
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
|
KEMAHIRAN
|
AKTIVITI p&p
|
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan
kritis terhadap satu dialog perbulan untuk mendekatkan murid kepada isi
pelajaran.
|
Kamahiran mentafsir gambar
|
1. Dengan menggunakan power point, guru mempamerkan satu
gambar akuarium.
Tujuan:
-menarik minat murid
-menguji pengetahuan sedia ada
2. Setelah selesai, guru menyoal murid berdasarkan gambar tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang
akan disampaikan.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), akuarium
Nilai:
yakin
|
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
|
Mengenal pasti kandungan mutu air
1. Kebersihan air – bahan beracun seperti ammonia dan nitrat.
|
Kemahiran
mengenal pasti kandungan mutu air.
|
1. Guru menerangkan cara mengenal pasti kandungan mutu
air berdasarkan power point yang
dipaparkan.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru juga menunjukkan cara untuk menyukat pH dan
suhu air dengan menggunakan kertas litmus dna termometer.
4. Guru dan murid bersoal jawab.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), kertas litmus, termometer
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK: Menganalisis
|
Langkah 2
(12 minit)
|
Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan
mencuci penapis (Penjagaan Harian).
|
Kemahiran melakukan penjagaan harian
|
1. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan paparan
power point.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru meminta seorang murid ke depan untuk memberi
ikan makanan.
4. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan
lagi pemahaman.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), akuarium, makanan ikan
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK: Menganalisis
Teknik KMD:
Ramalan dan analisis
|
Langkah 3
(10 minit)
|
Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan
mencuci penapis (Penjagaan Mingguan)
|
Kemahiran melakukan penjagaan mingguan iaitu menukar
air akuarium yang kotor.
|
1. Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru
menerangkan tentang bagaimana melakukan penjagaan mingguan sambil menyoal
murid.
2. Guru juga menunjukkan contoh gambar akuarium yang
sentiasa diberi penjagaan harian dna penjagaan mingguan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang
dibincangkan.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), akuarium, jaring, ikan, span,
pencuci akuarium, anti klorin
Nilai: yakin
KBKK: menganalisa
Teknik KMD:
Ramalan dan analisis
|
Langkah 4
(18 minit)
|
Kuiz dan muzik
Penilaian
|
1. Guru menerangkan cara kuiz diadakan.
2. Apabila muzik dimulakan, cawan berisi air akan
digerakkan. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang cawan tersebut akan
menjawab soalan.
3. Kuiz diteruskan sehingga soalan selesai.
Guru meminta murid mengimbas kembali tajuk yang dipelajari
|
ABM/BBM:
Lembaran soalan,
Cawan berisi air, muzik dan radio
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
|
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan
|
1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang
telah mengambil bahagian dengan aktif.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
|
Nilai: Berusaha, tekun, sabar
|
Kelebihan
Untuk tajuk yang keenam juga, saya menggunakan paparan power point yang saya sediakan untuk murid-murid saya. Dalam tajuk ini, murid dapat memahami bagaimana mengenal pasti kandungan mutu air dan bagaimana melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan mencuci penapis. Paparan gambar yang ditunjukkan juga sangat jelas dan ini akan dapat memberi pemahaman kepada murid-murid saya.
Kekurangan:
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid agar sukar memahami apakah yang dimaksudkan dengan pH air. Ini mungkin sesuatu yang baru kepada murid. Murid juga tidak dapat membezakan perkataan antara pH dan suhu.
Langkah Mengatasi:
Untuk mengatasi masalah tersebut, saya akan melakukan satu aktiviti yang mana dapat memberi pemahaman kepada murid saya tentang pH dan suhu air. Contohnya, setiap murid akan diberikan kertas litmus untuk menguji pH air dan juga termometer untuk menyukat suhu air.
Tajuk 5 - Makanan Ikan
Tajuk5-Makanan Ikan
REFLEKSI:
Kelebihan
Dalam tajuk pengurusan Ikan Hiasan juga, saya menggunakan paparan powerpoint kepada murid saya. Ternyata murid sangat faham dengan tajuk tersebut. Memelihara ikan juga memerlukan pengurusan yang betul iaitu mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan, mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesies ikan dan cara serta kekerapan memberi makan ikan hiasan. Dengan paparan power point yang ditayangkan, murid dapat memahami tajuk yang dipelajari dengan lebih dekat lagi.
Kekurangan:
Dalam Langkah ke 4, saya mendapati aktiviti ini hanya terhad kepada beberapa orang murid berdasarkan jumlah soalan. Jadi saya tidak dapat menilai dengan telus tentang pemahaman murid terhadap tajuk ini.
Langkah Mengatasi:
Oleh itu, untuk mengatasi msalah tersebut, saya perlu membuat satu aktiviti di mana semua murid terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut. Contohnya, permainan harta karun yang melibatkan murid untuk bekerjasama dalam kumpulan dalam mencari jawapan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran:
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tahun:
Lima
Bilangan
murid: 16 orang
Kedatangan:
16/16 orang
Tarikh:
1 Ogos 2011
Hari:
Isnin
Masa:
1230 - 1330 ptg
Tajuk:
Ikan Hiasan
Sub
Tajuk: Pengurusan
1.
Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.
2. Mengenal
pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan.
3.
Cara dan kekerapan memberi makan ikan hiasan.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat
i. Menyebut
sekurang-kurangnya 4 daripada 5 jenis makanan berproses/rumusan.
ii. Menyebut
sekurang-kurangnya 5 daripada 8 jenis makanan hidup/semula jadi.
iii.
Menyatakan jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan.
iv. Menyatakan
kekerapan memberi makan ikan hiasan mengikut masa yang sesuai.
Penerapan
Nilai Murni: yakin, kerjasama, berani mencuba dan mengemukakan pendapat,
berusaha, tekun, sabar
Penyebatian
KBKK: Menganalisis
Teknik
Kajian Masa Depan: Ramalan dan analisis
Sumber
pengajaran dan pembelajaran: LCD (Power point), akuarium dan ikan hiasan, makanan
ikan
Pengetahuan
Sedia Ada: Murid pernah melihat contoh makanan ikan iaiatu jenis pellet.
|
PROSEDUR PELAKSANAAN
|
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
|
KEMAHIRAN
|
AKTIVITI p&p
|
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
|
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan
kritis terhadap satu dialog perbulan untuk mendekatkan murid kepada isi
pelajaran.
|
Kamahiran mentafsir bahan
|
1. Guru menunjukkan satu bahan iaitu contoh makanan
ikan jenis pellet.
Tujuan:
-menarik minat murid
-menguji pengetahuan sedia ada
2. Setelah selesai, guru menyoal murid derdasarkan
bahan tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran yang
akan disampaikan.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), makanan ikan jenis pellet.
Nilai:
yakin
|
|
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
|
Mengenal pasti dan memilih makanan ikan hiasan.
1. Makanan berproses/rumusan
2. Makanan hidup/semula jadi
|
Kemahiran
mengenal pasti makanan ikan hiasan.
|
1. Guru menerangkan cara mengenal pasti makanan ikan
hiasan.berdasarkan power point yang
dipaparkan.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru menunjukkan contoh makanan ikan.
4. Guru dan murid bersoal jawab.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), contoh makanan ikan
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK: Menganalisis
|
|
Langkah 2
(12 minit)
|
Mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut
spesis ikan.
1. Ikan karnivor
2. Ikan Herbivor
3. Ikan Omnivor
4. Ikan Pemakan Plankton.
|
Kemahiran mengenal pasti jenis makanan yang sesuai
mengikut spesis ikan.
|
1. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan paparan
power point.
2. Guru mengajukan soalan.
3. Guru juga menunjukkan beberapa jenis ikan bagi
setiap kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya.
4. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan
lagi pemahaman.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), contoh makanan ikan
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
KBKK: Menganalisis
Teknik KMD:
Ramalan dan analisis
|
|
Langkah 3
(10 minit)
|
Cara dan kekerapan memberi makanan ikan hiasan.
|
Kemahiran memberikan ikan makanan.
|
1. Berdasarkan power point yang dipaparkan, guru
menerangkan tentang cara dan kekerapan memberi makan ikan hiasan sambil menyoal
murid.
2. Guru juga menunjukkan cara memberi ikan makan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang
dibincangkan.
|
ABM/BBM:
LCD (power point), akuarium, jaring, ikan, span,
pencuci akuarium, anti klorin
Nilai: yakin
KBKK: menganalisa
Teknik KMD:
Ramalan dan analisis
|
|
Langkah 4
(18 minit)
|
Permainan Teka Silang Kata
Penilaian
|
|
1. Guru melekatkan silang kata di papan tulis.
2. Guru membaca soalan dan kemudian memilih murid
secara rawak untuk menulis jawapan pada ruang jawapan.
3. Guru akan membimbing murid.
Guru meminta murid mengimbas kembali tajuk yang dipelajari
|
ABM/BBM:
Lembaran teka silang kata
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukakan pendapat
|
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan
|
|
1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang
telah mengambil bahagian dengan aktif.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
|
Nilai: Berusaha, tekun, sabar
|
Kelebihan
Dalam tajuk pengurusan Ikan Hiasan juga, saya menggunakan paparan powerpoint kepada murid saya. Ternyata murid sangat faham dengan tajuk tersebut. Memelihara ikan juga memerlukan pengurusan yang betul iaitu mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan, mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesies ikan dan cara serta kekerapan memberi makan ikan hiasan. Dengan paparan power point yang ditayangkan, murid dapat memahami tajuk yang dipelajari dengan lebih dekat lagi.
Kekurangan:
Dalam Langkah ke 4, saya mendapati aktiviti ini hanya terhad kepada beberapa orang murid berdasarkan jumlah soalan. Jadi saya tidak dapat menilai dengan telus tentang pemahaman murid terhadap tajuk ini.
Langkah Mengatasi:
Oleh itu, untuk mengatasi msalah tersebut, saya perlu membuat satu aktiviti di mana semua murid terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut. Contohnya, permainan harta karun yang melibatkan murid untuk bekerjasama dalam kumpulan dalam mencari jawapan.
Tajuk 4 - Penyediaan Bekas dan Cara Memasukkan Ikan Hiasan
Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan
REFLEKSI:
Kelebihan
Seterusnya, untuk tajuk Penyediaan Bekas, saya juga menggunakan paparan slide power point untuk memberi pemahaman kepada murid-murid saya. Murid juga mudah memahami tajuk tersebut dengan melihat langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru. Murid juga dapat belajar bagaimana memasukkan ikan hiasan yang baru dibeli ke dalam akuarium mengikut langkah yang betul.
Kelemahan
Satu kelemahan yang dapat saya kesan ialah saya tidak meletakkan gambar untuk langkah-langkah penyediaan bekas untuk memelihara ikan hiasan.
Langkah untuk mengatasi
Saya akan meletakkan gambar bagi setiap langkah-langkah tersebut agar murid akan lebih faham tentang langkah-langkah penyediaan bekas dan menghias akuarium.

Subscribe to:
Comments (Atom)