Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik
REFLEKSI:
Untuk tajuk yang ketiga iaitu Penyediaan Bekas, saya juga menggunakan paparan slide power point sebagai alat bantu mengajar saya. Saya dapat melihat murid-murid saya berminat dengan tajuk yang diajar. Ini kerana dalam paparan slide power point ini, murid dapat melihat alatan dan bahan yang digunakan untuk memelihara ikan hiasan. Dengan ini, murid dapat memelihara ikan hiasan dengan langkah yang betul. Murid juga mengetahui kepentingan dan fungsi penggunaan alatan dan bahan yang digunakan untuk memelihara ikan hiasan. Oleh itu, murid bukan sahaja dapat menambah pengetahuan mereka malah dapat menjadikan hobi memelihara ikan hiasan dengan mengikut cara dan langkah yang betul.
No comments:
Post a Comment