Rancangan Pengajaran
Harian
Bahasa Malaysia Tahun 1
TARIKH:
|
|
MASA:
|
|
TAHUN:
|
Tahun 1
|
TEMA:
|
KEKELUARGAAN
|
TAJUK:
|
Kebun Datuk Saya
|
FOKUS
UTAMA
|
Standard Kandungan
|
4.1
|
Menyebut dan memahami unsur
seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
|
Standard pembelajaran
|
4.1.1
|
Menyebut seni kata lagu
melalui nyanyian secara didik hibur.
|
|
FOKUS
SAMPINGAN
|
Standard Kandungan
|
1.5
|
Bercerita dan menceritakan
sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
|
Standard pembelajaran
|
1.5.1
|
Bercerita tentang sesuatu
perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan
ayat tunggal
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pelajaran ini,
murid dapat:
i.
Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul
dan jelas melaui nyanyian secara didik hibur.
ii.
Menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam
gambar.
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
i.
Ilmu : Pendidikan Moral
ii.
Nilai : Kasih sayang, keberanian
iii.
KBT : Verbal linguistik, visual ruang, kinestetik
|
SISTEM BAHASA
|
Tatabahasa: Kata Nama Am
|
MEDIA
|
Seni kata lagu, gambar
tunggal, kad perkataan dan lampiran
|
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Langkah 1
1.
Guru mempamerkan gambar tunggal pada papan tulis.
2.
Kemudian, murid diminta untuk menamakan
haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut dan membunyikan bunyi
haiwan tersebut.
|
Nilai:
Kasih sayang
Teknik Soal Jawab
Teknik nyanyian
|
Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid
powerpoint)
|
Langkah 2
1.
Guru mempamerkan seni kata lagu ”Datuk Saya Ada
Kebun” dan membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.
2.
Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu
tersebut sambil melakukan aksi yang sesuai.
3.
Murid menyanyikan lagu tersebut secara kelas.
4.
Guru dan murid menyanyi beramai-ramai sambil
melakukan aksi yang sesuai.
|
Lampiran 2
Seni Kata Lagu
”Datuk Saya Ada Kebun”
|
|
Langkah 3
1.
Guru menyediakan 5 keping kad perkataan (ayam,
itik, kambing, burung, kucing).
2.
Lima orang murid dipilih secara rawak. Murid
diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pasa Lampiran 1.
3.
Kemudian, murid diminta menyebut nama-nama haiwan dengan
sebutan yang betul.
4.
Murid yang melekatkan kad perkataan diminta
bercerita tentang haiwan-haiwan yang telah disebut tadi.
|
KBT
Kontekstual
Nilai: Keberanian
|
Lampiran 3
Kad Perkataan
Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid
powerpoint)
|
Langkah 4
1.
Murid diminta untuk menyanyikan semula lagu ”Datuk
Saya Ada Kebun” dengan sebutan dan
intonasi yang betul serta gaya yang sesuai sebagai penutup.
|
Lampiran 2
Seni Kata Lagu
”Datuk Saya Ada Kebun”
|
|
Langkah 5
1.
Murid diberikan lembaran kerja.
2.
Murid dikehendaki membina ayat daripada perkataan
yang diberikan.
|
Lampiran 3
Lembaran Kerja Individu
|
No comments:
Post a Comment