Thursday, 20 October 2011

Ikan Hiasan - Pengenalan

Sebelum kita memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tajuk Ikan Hiasan ini, guru boleh menggunakan teknik nyanyian untuk Set Induksi seperti lagu di bawah.

IKAN KEKEK


Ikan kekek mak iloi-iloi

Ikan gelama mak ilai-ilai

Dapat isteri cantiknya amboi
Tapi ketawa mak mengilai-gilai
Tujuan memelihara ikan hiasan
1. Sebagai perhiasan di rumah atau ruang pejabat.
2. Mengindahkan sudut di dalam rumah atau pejabat.
3. Mencantikkan suasana di persekitaran rumah atau pejabat.


Ikan hiasan boleh dibela di dalam akuarium dan juga kolam hiasan. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.

Monday, 10 October 2011

Bahan Bantu Mengajar LINUS Literasi

Sebagai guru yang mengajar Program LINUS, kita hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian murid tersebut. Kebanyakkan murid yang terlibat dengan Program LINUS tidak mempunyai semangat untuk belajar. Oleh itu, sebagai guru yang telah menghadiri kursus sebagai Guru LINUS, saya telah melengkapkan pengetahuan dan kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS terutamanya murid LINUS Tegar. Berikut ialah contoh-contoh bahan bantu mengajar yang dihasilkan semasa kursus KSSR Bahasa Malaysia Tahun 1.




























Wednesday, 5 October 2011

Fail apa yang perlu dalam LINUS

Penyelaras LINUS sekolah hendaklah mempunyai Fail Penyelaras LINUS iaitu

1. Fail Jawantankuasa LINUS
- Carta Organisasi
- Pekeliling
- Surat Menyurat
- Minit Curai
- Biodata Guru
- Jadual Waktu Guru
- Perancangan Strategi
     i. Pelan Strategik - 3 tahun
    ii. Pelan Tindakan - 1 tahun

2. Fail Konsep
- Modul Guru
- Modul Murid
- Manual dan Instrumen Saringan LINUS

3. Fail Minit Mesyuarat
- Minit Mesyuarat Kurikulum
- Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
- Minit Mesyuarat Panitia Matematik
- Minit Mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling

4. Fail Data
- Keputusan Saringan
- Analisis Data Saringan
- Headcount
- TOV

5. Fail Murid
- Senarai Nama Murid LINUS
- Profil Murid
- Rekod / Surat Pemeriksaan Doktor (sekiranya ada)
                                                                      

LINUS Tahun 1 SK Lepong Menuan

Pada tahun ini, saya telah dilantik sekali lagi sebagai guru kelas Tahun 1. Terdapat 8 orang murid iaitu 5 orang perempuan dan 3 orang murid lelaki. Hari ini saya akan menunjukkan keputusan LINUS Tahun 1 sepanjang tahun 2011 iaitu Saringan pertama dan Saringan kedua.

Keputusan Ujian LINUS Tahun 1 2011

SK Lepong Menuan, Kapit.
Literasi Bahasa Malaysia
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Satu
(April)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Dua
(Jun)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Tiga
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar


Keputusan Ujian LINUS Tahun 1 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Numerasi Matematik
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Satu
(April)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
1
LINUS Tegar
0
2.
Saringan Dua
(Jun)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
1
LINUS Tegar
0
3.
Saringan Tiga
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar



Keputusan Ujian LINUS Tahun 2 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Literasi Bahasa Malaysia
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Empat
(April)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Lima
(Jun)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Enam
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar


Keputusan Ujian LINUS Tahun 2 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Numerasi Matematik
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Empat
(April)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Lima
(Jun)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Enam
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar



Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan