Wednesday, 5 October 2011

LINUS Tahun 1 SK Lepong Menuan

Pada tahun ini, saya telah dilantik sekali lagi sebagai guru kelas Tahun 1. Terdapat 8 orang murid iaitu 5 orang perempuan dan 3 orang murid lelaki. Hari ini saya akan menunjukkan keputusan LINUS Tahun 1 sepanjang tahun 2011 iaitu Saringan pertama dan Saringan kedua.

Keputusan Ujian LINUS Tahun 1 2011

SK Lepong Menuan, Kapit.
Literasi Bahasa Malaysia
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Satu
(April)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Dua
(Jun)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Tiga
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar


Keputusan Ujian LINUS Tahun 1 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Numerasi Matematik
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Satu
(April)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
1
LINUS Tegar
0
2.
Saringan Dua
(Jun)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
1
LINUS Tegar
0
3.
Saringan Tiga
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar



Keputusan Ujian LINUS Tahun 2 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Literasi Bahasa Malaysia
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Empat
(April)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Lima
(Jun)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Enam
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar


Keputusan Ujian LINUS Tahun 2 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Numerasi Matematik
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Empat
(April)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Lima
(Jun)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Enam
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar



Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1

Ini adalah Rancangan Pengajaran Harian yang saya sediakan untuk pengajaran makropengajaran saya. Diharap dapat menjadi rujukan kepada guru-guru yang lain.(tapi jangan tiru ye)

Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Malaysia Tahun 1
TARIKH:
 6hb Oktober 2011
MASA:
 8.00pg - 9.00pg
TAHUN:
Tahun 1
TEMA:
KEKELUARGAAN
TAJUK:
Kebun Datuk Saya

FOKUS
UTAMA
Standard Kandungan
4.1
Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Standard pembelajaran
4.1.1
Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
FOKUS
SAMPINGAN
Standard Kandungan
1.5
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard pembelajaran
1.5.1
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal



OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i.              Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melaui nyanyian secara didik hibur.
ii.             Menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar.
PENGISIAN KURIKULUM
i.              Ilmu : Pendidikan Moral
ii.             Nilai : Kasih sayang, keberanian
iii.            KBT : Verbal linguistik, visual ruang, kinestetik
SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata Nama Am
MEDIA
Seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan dan lampiran

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Langkah 1
1.    Guru mempamerkan gambar tunggal pada papan tulis.
2.    Kemudian, murid diminta untuk menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut dan membunyikan bunyi haiwan tersebut.

Nilai:
Kasih sayang
Teknik Soal Jawab
Teknik nyanyian

Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid powerpoint)
Langkah 2
1.    Guru mempamerkan seni kata lagu ”Datuk Saya Ada Kebun” dan membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.
2.    Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan aksi yang sesuai.
3.    Murid menyanyikan lagu tersebut secara kelas.
4.    Guru dan murid menyanyi beramai-ramai sambil melakukan aksi yang sesuai.





Lampiran 2
Seni Kata Lagu
”Datuk Saya Ada Kebun”
Langkah 3
1.    Guru menyediakan 5 keping kad perkataan (ayam, itik, kambing, burung, kucing).
2.    Lima orang murid dipilih secara rawak. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pasa Lampiran 1.
3.    Kemudian, murid diminta menyebut nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul.
4.    Murid yang melekatkan kad perkataan diminta bercerita tentang haiwan-haiwan yang telah disebut tadi.

KBT
Kontekstual

Nilai: Keberanian

Lampiran 3
Kad Perkataan

Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid powerpoint)
Langkah 4
1.    Murid diminta untuk menyanyikan semula lagu ”Datuk Saya Ada Kebun” dengan sebutan  dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai sebagai penutup.

Lampiran 2
Seni Kata Lagu
”Datuk Saya Ada Kebun”
Langkah 5
1.    Murid diberikan lembaran kerja.
2.    Murid dikehendaki membina ayat daripada perkataan yang diberikan.

Lampiran 3
Lembaran Kerja Individu

Tuesday, 27 September 2011

Murid Tahun 1

Terdapat hanya lapan orang murid sahaja dalam kelas Tahun 1 (Seorang tidak hadir) dengan tiga orang murid lelaki dan lim aorang murid perempuan. Hanya seorang murid sahaja yang LINUS Tegar. Tujuh orang murid sudah ke Aliran Perdana.








Wednesday, 21 September 2011

Aku sebagai guru

Selepas tamat dari pengajian Kursus Diploma Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak pada tahun 2005, saya ditempatakan di penempatan pertama di sebuah sekolah pendalaman di Kapit iaitu SK Lepong Menuan, Kapit. Semasa di maktab, saya mengambil opsyen Kemahiran Hidup dan Kajian Tempatan. Namun semasa ditempatkan di sekolah ini, saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia tahun 2 selama 4tahun. Pada tahun kelima dan keenam, saya diberikan tanggungjawab mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia tahun 1. Disebabkan matapelajaran dan opsyen saya tidak selari, banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki. Sepanjang pengajaran saya, saya sentiasa mencari kelemahan dalam setiap p&p saya. Masalah utama murid-murid di sekolah saya adalah tidak memahami Bahasa Melayu sepenuhnya. Oleh itu, saya perlu berkomunikasi dengan murid-murid saya dengan menggunakan dua bahasa iaitu bahasa ibunda mereka, Bahasa Iban dan Bahasa Malaysia. Pada masa akan datang, saya akan membincangkan langkah-langkah dan cara saya mengatasi masalah murid-murid di sekolah saya.


Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan