Memilih ikan hiasan
Ikan yang hendak dipelihara mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1. Mudah dipelihara.
2. Boleh bercampur dengan ikan lain.
3. Tahan terhadap serangan penyakit.
4. tahan terhadap perubahan mutu dan suhu air.
Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan
Tumbuhan akuatik ialah tumbuhan air yang boleh diletakkan di dalam akuarium ikan hiasan.
Tujuan:
1. Mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen kepada ikan hiasan.
2. Sumber makanan sampingan kepada ikan hiasan.
Tumbuhan akuatik tiruan juga boleh diletakkan di dalam akuarium ikan hiasan.
Fungsi: Hiasan sahaja.
Contoh-contoh tumbuhan akuatik
Tuesday, 1 November 2011
Monday, 31 October 2011
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan
Setiap ikan hiasan mempunyai beberapa ciri istimewa. Ciri-ciri istimewa ini membezakan ikan hiasan yang dipelihara. Antara ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan ialah dari segi warna, sisik, saiz, cara makan dan cara pembiakan. Mari kita mengenal beberapa keistimewaan yang terdapat pada spesies ikan hiasan. Warna yang berbeza menjadikan ikan hiasan lebih menarik. Warna juga membolehkan kita membezakan jantina sesetengah jenis ikan hiasan.
Angelfish
Warna: Putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam.
Asal: Amerika Selatan
Makanan: Makanan Rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecil
Pembiakan: Bertelur
Saiz Maksimum: 15 cm panjang
Ikan Kelisa
Warna: Keemasan, keperakan
Asal: Amerika Selatan
Makanan: Semua haiwan yang kecil
Pembiakan: Bertelur
Saiz Maksimum: 100 cm panjang
Ikan Emas
Warna: Keemasan, Keputihan, Kemerahan
Asal: China
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 12 cm panjang
Ikan Guppy
Warna: Kemerahan, putih keperakan, keemasan
Asal: Trinidad
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 3 cm panjang
Ikan Pelaga
Warna: Biru kehitaman dan kemerahan
Asal: Thailand
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz Maksimum: 6 cm panjang
Ikan Koi
Warna: Putih bertompok merah, bertompok hitam
Asal: Jepun
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz Maksimum: 25 cm panjang
Tujuan Memelihara Ikan Hiasan
Kita memelihara ikan adalah untuk:
1. Untuk mengindahkan ruang.
2. Untuk memberi ketenangan.
3. Untuk menghayati hidupan akuatik.
4. Untuk menceriakan kawasan di sudut rumah.
1. Untuk mengindahkan ruang.
2. Untuk memberi ketenangan.
3. Untuk menghayati hidupan akuatik.
4. Untuk menceriakan kawasan di sudut rumah.
Spesies Ikan Hiasan Tropika
Terdapat pelbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh dipelihara. Ikan hiasan tersebut boleh hidup di dalam air tawar atau air masin. Biasanya ikan hiasan dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasan. Mari kita mengenal pasti beberapa spesies ikan hiasan tropika.
Ikan guppy
Angelfish
Ikan Kelisa
Ikan Flower Horn
Ikan Headstander
Ikan Molly
Ikan Oscar
Clown Fish
Ikan Pelaga
Ikan Koi
Ikan Pelaga
Ikan Emas
Ikan Discus
Ikan Tiger Barb
Mengenal Bahagian Luar Ikan
Sebelum kita mengenal pasti spesies ikan, mari kita mengenal bahagian luar ikan hiasan. Ikan hiasan mempunyai beberapa bahagian luar yang tertentu. Antaranya ialah mulut, mata, sisik, sirip, ekor dan penutup insang. Gambar di bawah menunjukkan bahagian luar ikan hiasan.
Subscribe to:
Comments (Atom)































