Wednesday, 21 September 2011

Aku sebagai guru

Selepas tamat dari pengajian Kursus Diploma Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak pada tahun 2005, saya ditempatakan di penempatan pertama di sebuah sekolah pendalaman di Kapit iaitu SK Lepong Menuan, Kapit. Semasa di maktab, saya mengambil opsyen Kemahiran Hidup dan Kajian Tempatan. Namun semasa ditempatkan di sekolah ini, saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia tahun 2 selama 4tahun. Pada tahun kelima dan keenam, saya diberikan tanggungjawab mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia tahun 1. Disebabkan matapelajaran dan opsyen saya tidak selari, banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki. Sepanjang pengajaran saya, saya sentiasa mencari kelemahan dalam setiap p&p saya. Masalah utama murid-murid di sekolah saya adalah tidak memahami Bahasa Melayu sepenuhnya. Oleh itu, saya perlu berkomunikasi dengan murid-murid saya dengan menggunakan dua bahasa iaitu bahasa ibunda mereka, Bahasa Iban dan Bahasa Malaysia. Pada masa akan datang, saya akan membincangkan langkah-langkah dan cara saya mengatasi masalah murid-murid di sekolah saya.


Tuesday, 20 September 2011

KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Pada Semester 2 bagi Program Pensiswazahan Guru (PJJ) ini, kami telah diberikan tugasan 1(c) iaitu Pembangunan Blog yang membawa markah sebanyak  30%. Oleh itu, saya telah memilih matapelajaran Bahasa Malaysia @ Bahasa Melayu sebagai matapelajaran pautan dalam blog saya.

Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan