Showing posts with label LINUS. Show all posts
Showing posts with label LINUS. Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

Video Membaca





Sangat sesuai digunakan untuk mengajar murid LINUS.

REFLEKSI:

Saya menggunakan video ini untuk mengajar murid LINUS. Ternyata sangat berkesan dan memberi pemahaman yang cukup kepadanya. Selain menggunakan kad imbasan, menggunakan video ini juga dapat menarik perhatian murid untuk mempelajari suku kata. Murid juga tidak mudah bosan malah dapat mengekalkan tumpuannya untuk terus belajar. Murid LINUS saya hanya seorang, oleh itu saya hanya menggunakan komputer atau Laptop saya sahaja tanpa perlu menggunakan LCD. 

Monday, 21 November 2011

Saringan Ketiga (Oktober)

REFLEKSI:

             Ujian Saringan Ketiga telah diadakan pada bulan Oktober. Lusiana sekali lagi menduduki ujian tersebut. Lusiana telah menguasai konstruk 1 hingga 7. Ini merupakan satu kejayaan buat Lusiana telah menguasai konstruk-konstruk tersebut. Ini membolehkan Lusiana naik dari kelas LINUS Tegar kepada Program LINUS. Saya juga turut berasa gembira dengan apa yang diperolehi olah Lusiana walaupun belum layak ke Arus Perdana.
             Dalam ujian tersebut, Lusiana telah menunjukkan peningkatan kerana telah telah mengenal, membunyikan dan menulis huruf dengan baik. Antara konstruk yang telah dikuasai oleh Lusiana ialah:

Konstruk 1 - Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 - Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 - Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 - Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 6 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup 'ng'.
Konstruk 7 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata vokal tunggal.

            Oleh itu, dalam Tahun 2, Lusiana perlu mengikut Program LINUS dan mengikut Ujian Saringan Keempat yang akan datang.

Murid Tahun 1 SK Lepong Menuan, Kapit.

Saringan Kedua (Jun)

REFLEKSI:

                  Pada bulan Jun, Saringan Kedua untuk LINUS dijalankan bagi murid yang tidak melepasi Ujian Saringan Pertama yang diadakan pada bulan Mac. Sudah tentulah Lusiana Nora perlu melalui Ujian Saringan Kedua ini. Setelah diberi bimbingan dan tunjuk ajar selepas Ujian Saringan Pertama pada bulan Mac, terdapat peningkatan dalam Ujian Saringan Kedua ini. Lusiana telah menguasai Konstruk 1 seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Lusiana telah menguasai konstruk pertama iaitu keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.

                  Lusiana telah meningkat dengan sangat baik dan menguasai konstruk 1 kerana pada Ujian Saringan Pertama (Mac), Lusiana tidak menguasai kesemua konstruk tersebut. Ini merupakan satu kejayaan buat Lusiana dan juga saya sebagai guru matapelajaran Bahasa Malaysianya. Saya bertekad untuk memberi yang terbaik kepada Lusiana agar Lusiana dapat membaca dan juga menulis. Walaubagaimanapun, Lusiana juga harus mempunyai semangat agar dirinya berjaya seperti rakan-rakanya yang lain.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran LINUS Tegar

Setelah melalui Ujian Saringan Kedua pada bulan Jun, saya telah mengajar Lusiana kemahiran-kemahiran yang berikut sepanjang bulan Jun, Julai, Ogos dan September:

2.0 Membaca Suku Kata
2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK
2.3 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK

Saya juga telah menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang sesuai dengan murid seperti Lusiana kerana murid yang lemah seperti Lusiana memerlukan bimbingan yang lebih berbanding murid-murid yang lain. Latihan-latihan yang diberikan juga hendaklah sesuai dengan tahapnya. Oleh itu, saya menggunakan Modul Murid yang telah dibekalkan oleh KPM. Saya mendapati Modul Murid yang diberikan amat bersesuaian dengan tahap murid LINUS seperti Nora.

Murid-murid sedang membuat latihan yang diberikan.

Saringan Pertama (Mac)

LUSIANA NORA ANAK BEN
Satu-satunya calon murid LINUS Tahun 1 (2011) untuk 
Liiterasi dan Numerasi di SK Lepong Menuan, Kapit.

Pada mulanya agak sukar bagi saya mengajarnya kerana Lusiana sangat jarang menghadiri kelas semasa Pra Sekolah. Oleh sebab itulah, Lusiana tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Malah tidak menghafal huruf ABC dan nombor 123. Setelah menduduki Ujian Saringan Satu pada Mac 2011, Lusiana didapati tidak menguasai Konstruk 1 hingga 12 bagi kedua-dua instrument membaca dan menulis. Ini menyebabkan Lusiana terpaksa dimasukkan ke dalam LINUS Tegar bagi Literasi Bahasa Malaysia Tahun 1. Hanya Lusiana seorang sahaja yang terlibat dengan Program LINUS ini. Oleh itu, agak senang bagi saya untuk mengajarnya.

Sepanjang bulan April, Mei dan Jun, saya lebih banyak mengajarnya kemahiran-kemahiran yang berikut:

1.0 Menulis Huruf
1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a-z
1.2 Menulis huruf kecil a- z
1.3 Mengenal bentuk huruf Besar A-Z
1.4 Menulis huruf Besar A-Z


Banyak kaedah dan teknik yang saya gunakan untuk memberi pemahaman kepada Lusiana kerana Lusiana tidak mengenal huruf kecil dan besar. Malah tidak dapat menulis huruf dengan baik. Oleh itu pelbagai kaedah dan teknik yang saya gunakan agar Lusiana dapat menulis dan seterusnya mengenal huruf kecil dan huruf besar dengan jayanya. Banyak latihan yang saya berikan agar Lusiana dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil. Saya juga menggunakan kesemua pengetahuan yang saya perolehi dalam Kursus LINUS pada 2010. Saya menggunakan pelbagai bahan maujud, kad huruf, kertas yang berwarna warni, pendekatan didik hibur dan sebagainya agar dapat menarik perhatian Lusiana untuk belajar dan mengenal huruf kecil dan huruf besar.

Refleksi:
Saya mendapati Lusiana mempunyai banyak peningkatan dan telah berjaya mengenal huruf besar dan huruf kecil. Lusiana juga dapat menulis huruf besar dan huruf kecil dengan baik. Ini merupakan satu peningkatan yang baik kerana Lusiana pada mulanya langsung tidak mengenal huruf besar dan huruf kecil. Buktinya pada Ujian Saringan Kedua pada bulan Jun 2011, Lusiana berjaya menguasai Konstruk 1 bagi kedua-dua instrument membaca dan menulis Literasi Bahasa Malaysia. Konstruk 1 ialah keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan. Ini secara langsung menaikkan semangat Lusiana untuk lebih berusaha untuk belajar dengan lebih banyak lagi.



Monday, 10 October 2011

Bahan Bantu Mengajar LINUS Literasi

Sebagai guru yang mengajar Program LINUS, kita hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian murid tersebut. Kebanyakkan murid yang terlibat dengan Program LINUS tidak mempunyai semangat untuk belajar. Oleh itu, sebagai guru yang telah menghadiri kursus sebagai Guru LINUS, saya telah melengkapkan pengetahuan dan kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS terutamanya murid LINUS Tegar. Berikut ialah contoh-contoh bahan bantu mengajar yang dihasilkan semasa kursus KSSR Bahasa Malaysia Tahun 1.




























Wednesday, 5 October 2011

Fail apa yang perlu dalam LINUS

Penyelaras LINUS sekolah hendaklah mempunyai Fail Penyelaras LINUS iaitu

1. Fail Jawantankuasa LINUS
- Carta Organisasi
- Pekeliling
- Surat Menyurat
- Minit Curai
- Biodata Guru
- Jadual Waktu Guru
- Perancangan Strategi
     i. Pelan Strategik - 3 tahun
    ii. Pelan Tindakan - 1 tahun

2. Fail Konsep
- Modul Guru
- Modul Murid
- Manual dan Instrumen Saringan LINUS

3. Fail Minit Mesyuarat
- Minit Mesyuarat Kurikulum
- Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
- Minit Mesyuarat Panitia Matematik
- Minit Mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling

4. Fail Data
- Keputusan Saringan
- Analisis Data Saringan
- Headcount
- TOV

5. Fail Murid
- Senarai Nama Murid LINUS
- Profil Murid
- Rekod / Surat Pemeriksaan Doktor (sekiranya ada)
                                                                      

LINUS Tahun 1 SK Lepong Menuan

Pada tahun ini, saya telah dilantik sekali lagi sebagai guru kelas Tahun 1. Terdapat 8 orang murid iaitu 5 orang perempuan dan 3 orang murid lelaki. Hari ini saya akan menunjukkan keputusan LINUS Tahun 1 sepanjang tahun 2011 iaitu Saringan pertama dan Saringan kedua.

Keputusan Ujian LINUS Tahun 1 2011

SK Lepong Menuan, Kapit.
Literasi Bahasa Malaysia
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Satu
(April)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Dua
(Jun)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Tiga
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar


Keputusan Ujian LINUS Tahun 1 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Numerasi Matematik
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Satu
(April)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
1
LINUS Tegar
0
2.
Saringan Dua
(Jun)
Aliran Perdana
7
Program LINUS
1
LINUS Tegar
0
3.
Saringan Tiga
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar



Keputusan Ujian LINUS Tahun 2 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Literasi Bahasa Malaysia
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Empat
(April)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Lima
(Jun)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Enam
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar


Keputusan Ujian LINUS Tahun 2 2011
SK Lepong Menuan, Kapit.
Numerasi Matematik
BIL
SARINGAN
KELAS
JUMLAH
1.
Saringan Empat
(April)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
2.
Saringan Lima
(Jun)
Aliran Perdana
16
Program LINUS
0
LINUS Tegar
1
3.
Saringan Enam
(September)
Aliran Perdana

Program LINUS

LINUS Tegar



Kemahiran Hidup Tahun 5

Sbb Dan Tujuan Pelihara Ikan Aras 2&3

Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan-Pengenalan

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 3-Penyediaan Bekas-Aksesori Akuatik

Kemahiran Hidup Tahun 5

Tajuk 4-Ikan-hias Dan Msk Ikan