Ini hanya sebagai rujukan.
Showing posts with label Bahasa Malaysia Tahun 1. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Malaysia Tahun 1. Show all posts
Wednesday, 7 December 2011
Tuesday, 22 November 2011
Makropengajaran Bahasa Melayu Tahun 1
Pengenalan
Saya telah menjalankan makropengajaran untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah Kebersihan Diri di bawah tema Bersih Dan Sihat.
Rancangan
Pengajaran Harian
MATA PELAJARAN:
|
BAHASA MALAYSIA
|
TAHUN:
|
Tahun 1
|
BILANGAN MURID:
|
8 Orang
|
TARIKH:
|
18 Oktober 2011
|
MASA:
|
8.30-9.30pagi
|
TEMA:
|
BERSIH DAN SIHAT
|
TAJUK:
|
Bersihkan Diri
|
FOKUS
UTAMA
|
Standard Kandungan
|
4.4
|
Melafazkan dan memahami puisi
dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
|
Standard pembelajaran
|
4.4.1
|
Melafazkan pantun dua kerat
dengan intonasi yang betul secara didik hibur.
|
|
FOKUS
SAMPINGAN
|
Standard Kandungan
|
2.3
|
Membaca kuat pelbagai bahan
bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
|
Standard pembelajaran
|
2.3.1
|
Membaca kuat ayat tunggal
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pelajaran ini,
murid dapat:
i.
Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang
betul
ii.
Membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul.
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
i.
Ilmu : Menjaga kebersihan diri (Pendidikan Moral)
ii.
Nilai : Kebersihan Fizikal Dan Mental
iii.
KBT : Kecerdasan Pelbagai - Verbal linguistik
BCB: mencatat nota
iv.
Teknik :Soal Jawab
|
SISTEM BAHASA
|
Tatabahasa: Kata Nama Am
|
MEDIA/BAHAN BANTU MENGAJAR
|
Sabun, ubat gigi, pengetip
kuku, syampu, kad pantun, carta soalan dan jawapan dan lembaran kerja 1&
2.
|
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Set Induksi (5 minit)
1. Guru menunjukkan alat atau bahan maujud seperti
sabun, ubat gigi, pengetip kuku dan syampu kepada murid.
2. Murid menyatakan kegunaan bahan atau alat yang
ditunjukkan oleh guru.
3.
Murid dan guru bersoaljawab tentang alat/bahan
maujud tersebut.
|
Nilai:
Kebersihan Fizikal Dan Mental
Teknik:
Teknik Soal Jawab
|
BAHAN/ALAT MAUJUD
Sabun, ubat gigi, pengetip
kuku, syampu
|
Langkah 1 (8 minit)
1.
Guru melafazkan pantun tentang kebersihan diri dan
meminta murid mendengar dengan teliti
2.
Guru membimbing murid melafazkan pantun itu semula
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.
Murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul,
intonasi dan gaya yang sesuai secara kelas, kumpulan dan individu.
4.
Murid diminta menulis baris pantun tersebut pada
kotak pantun yang bernombor.
|
KBT:
KP – Verbal linguistik
BCB – mencatat nota
|
Kad Pantun
|
Langkah 2 (7 minit)
1.
Guru menjelaskan konsep pantun 2 kerat.
2. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun
yang telah dilafazkan.
3. Murid diminta mengenal pasti frasa yang berkaitan
tentang kebersihan diri yang terdapat dalam pantun.
|
Nilai:Kebersihan fizikal
|
Kad Pantun
|
Langkah 3 (6 minit)
1. Guru memaparkan carta pantun yang tidak lengkap.
2. Murid dipilih secara rawak dan diberikan kad
jawapan. Murid diminta melekat kad jawapan pada tempat yang betul.
3.
Murid melafazkan pantun tersebut.
|
Ilmu: Pendidikan Moral
|
Carta pantun dan jawapan
|
Penutup (4 minit)
1. Guru meminta murid mengimbas semula tajuk yang
dipelajari.
2. Murid membaca pantun dengan sebutan, gaya dan
intonasi yang betul.
3.
Murid diberi lembaran kerja untuk memadankan gambar
dengan pantun yang sesuai sebagai kerja rumah.
|
Kad pantun
Lembaran Kerja 2
|
LAMPIRAN
PANTUN DUA KERAT
1. IKAN KELI DI ATAS BUKIT,
GOSOK GIGI SUPAYA TAK SAKIT.
2. BELI SOTONG MASAK KARI,
KUKU DIPOTONG KUMAN LARI.
3. IKAN HARUAN DI DALAM TANGKI
SABUN BADAN BUANG DAKI.
4. NAIK BOT PERGI KE HULU,
CUCI RAMBUT BERSIH SELALU
REFLEKSI:
KEKUATAN
Daripada Makropengajaran yang telah
saya laksanakan, saya mendapati ada kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan iaitu
kejelasan dan kelantangan suara saya. Namun begitu,
saya juga perlu menunjukkan kelembutan dan sifat penyayang apabila mengajar
murid-murid ini kerana sekiranya saya terlalu tegas, mereka akan ketakutan dan
tidak dapat fokus terhadap pelajaran mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan
murid mendengar arahan dan seterusnya membantu membina aliran pemahaman murid
terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Saya juga
dapat mengawal tingkah laku mereka dengan cara tersebut.
Dalam Set Induksi, saya telah menggunakan bahan maujud
bagi membina aliran perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Ini
secara langsung dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang ingin
disampaikan. Murid juga sangat aktif dalam memberikan jawapan kepada soalan
yang dikemukakan walaupun kadang-kadang murid menggunakan bahasa ibunda mereka.
Saya sebagai guru pula harus membetulkan kesalahan tersebut.
KELEMAHAN
Walaupun begitu, terdapat kelemahan dan kekurangan yang
dikenalpasti dalam pelaksanaan makropengajaran ini iaitu ketepatan mengikut
masa yang ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat.
Ketepatan masa adalah sangat penting untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan antara
rakaman dan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat, saya mendapati masa
yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak sama. Saya
lebih banyak membiarkan murid membaca pantun berbanding masa menjawab soalan
yang diberikan. Walaubagaimanapun, masa keseluruhan dalam pengajaran ini tidak
terlalu terjejas.
LANGKAH
MENGATASI
Oleh itu, setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah
dibaiki bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya pada masa
akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran ini,
penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan dalam penggunaan masa
menyampaikan pelajaran, mengawal murid ketika memberi soalan dan pemantauan
murid ketika melakukan latihan di dalam kelas. Ketetapan masa seperti yang
ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian haruslah saya tepati. Ketetapan
masa sangat perlu diikuti untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana ia akan memudahkan saya dalam menyelesaikan setiap langkah penyampaian
pengajaran bermula dari set induksi sehinggalah ke langkah penutup.
Mikropengajaran
Dalam Tugasan Mikropengajaran yang lepas, saya menggunakan gambar sebagai alat bantu mengajar saya. Kelas yang saya ajar ialah Tahun 1 untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kemahiran yang saya gunakan ialah Kemahiran Memulakan Pengajaran (Set Induksi). Sebelum memulakan pengajaran, saya menunjukkan gambar dan menyoal murid tentang gambar tersebut untuk menarik perhatian murid, membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif, memperkenalkan objektif pembelajaran, membina aliran pemikiran murid dan mengetahui pengetahuan sedia ada murid.
Gambar diwarnakan sebelum digunakan.
Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Malaysia Tahun 1
TARIKH:
|
18 OKTOBER 2011
|
MASA:
|
7.30 – 8.30 PG
|
TAHUN:
|
Tahun 1
|
TEMA:
|
KEKELUARGAAN
|
TAJUK:
|
Kebun Datuk Saya
|
FOKUS
UTAMA
|
Standard Kandungan
|
4.1
|
Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu
melalui nyanyian secara didik hibur.
|
Standard pembelajaran
|
4.1.1
|
Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara
didik hibur.
|
|
FOKUS
SAMPINGAN
|
Standard Kandungan
|
1.5
|
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara
semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
|
Standard pembelajaran
|
1.5.1
|
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i.
Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul
dan jelas melaui nyanyian secara didik hibur.
ii.
Menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam
gambar.
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
i.
Ilmu : Pendidikan Moral
ii.
Nilai : Kasih sayang, keberanian
iii.
KBT : Verbal linguistik, visual ruang, kinestetik
|
SISTEM BAHASA
|
Tatabahasa: Kata Nama Am
|
MEDIA
|
Seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan
dan lampiran
|
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Set Induksi
1.
Guru mempamerkan gambar tunggal pada papan tulis.
2. Kemudian, murid diminta untuk
menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut dan membunyikan
bunyi haiwan tersebut.
|
Nilai:
Kasih sayang
Teknik Soal Jawab
Teknik nyanyian
|
Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid powerpoint)
|
Langkah 1
1. Guru mempamerkan seni kata lagu ”Datuk Saya Ada
Kebun” dan membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.
2. Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu tersebut
sambil melakukan aksi yang sesuai.
3. Murid menyanyikan lagu tersebut secara kelas.
4. Guru dan murid menyanyi
beramai-ramai sambil melakukan aksi yang sesuai.
|
Lampiran 2
Seni Kata Lagu
”Datuk Saya Ada Kebun”
|
|
Langkah 2
1. Guru menyediakan 5 keping kad perkataan (ayam,
itik, kambing, burung, kucing).
2.
Lima orang murid dipilih secara rawak. Murid
diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pasa Lampiran 1.
3.
Kemudian, murid diminta menyebut nama-nama haiwan
dengan sebutan yang betul.
4. Murid yang melekatkan kad
perkataan diminta bercerita tentang haiwan-haiwan yang telah disebut tadi.
|
KBT
Kontekstual
Nilai: Keberanian
|
Lampiran 3
Kad Perkataan
Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid
powerpoint)
|
Penutup
1. Murid diminta untuk menyanyikan
semula lagu ”Datuk Saya Ada Kebun” dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang
sesuai sebagai penutup.
|
Lampiran 2
Seni Kata Lagu
”Datuk Saya Ada Kebun”
|
LAMPIRAN
SENI KATA LAGU
Datuk Saya Ada Kebun
Datuk saya ada kebun
iya iya o
Di kebunnya ada ayam
iya iya o
kok kok ni dan kok kok tu
kok ni kok tu
kok kok kok kok kok
Datuk saya ada kebun
iya iya o
Di kebunnya ada itik
iya iya o
kuek kuek ni dan kuek kuek tu
kuek ni kuek tu
kuek kuek kuek kuek kuek
Datuk saya ada kebun
iya iya o
Di kebunnya ada kambing
iya iya o
mbek mbek ni dan mbek mbek tu
mbek ni mbek tu
mbek mbek mbek mbek mbek
Datuk saya ada kebun
iya iya o
Di kebunnya ada lembu
iya iya o
moo moo ni dan moo moo tu
moo ni moo tu
moo moo moo moo moo
REFLEKSI
KEKUATAN
Antara kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan dalam menjalankan
tugasan mikropengajaran ini ialah ketegasan dan kelantangan suara saya dalam
pengajaran. Ini kerana suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar dan seterusnya
membantu membina aliran pemikiran murid terhadap apa yang akan dipelajari. Selain itu, kelantangan
suara juga menunjukkan ketegasan dalam sesi pengajaran supaya murid menumpukan
sepenuh perhatian kepada guru. Oleh itu, murid akan lebih tertumpu kepada
penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain terutamanya
dalam langkah set induksi yang memerlukan guru untuk menarik perhatian murid
terhadap pelajaran yang akan dipelajari. Sekiranya suara guru tidak jelas, ia akan
memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid terhadap pembelajaran. Malah murid
juga akan lebih hormat kepada guru kerana ketegasan yang ditunjukkan oleh guru
dalam pengajaran.
KELEMAHAN
Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam
mikropengajaran ini ialah penggunaan gambar tunggal yang
agak kecil. Murid tidak dapat meihat gambar tunggal dengan jelas. Ini
menyebabkan murid memberi pelbagai jawapan. Contohnya, untuk gambar kambing,
murid menyangkakan ia adalah lembu. Ini menunjukkan gambar yang ditunjukkan
oleh guru kurang jelas dan tidak sesuai. Kejelasan dalam alat bantu mengajar
adalah sangat penting supaya murid dapat memahami pelajaran yang ingin
disampaikan oleh guru.
LANGKAH
MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada pelajaran akan datang. Berdasarkan
kelemahan dan kekurangan dalam mikropengajaran ini, penambahbaikan yang perlu
dilakukan ialah menggunakan gambar tunggal yang terang dan jelas.
Gambar tunggal yang digunakan untuk meransang pemikiran murid
juga hendaklah diperbaiki. Guru boleh membesarkan gambar tunggal tersebut agar
lebih jelas dan terang. Murid juga dapat melihat gambar tersebut dengan lebih
jelas dan mereka juga dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Ini
secara langsung dapat membantu guru mencapai objektif yang ingin disampaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
